Friday, 10 February 2012

Kaunseling. - Ad

Assalamualaikum! Selamat Sejahtera!
sorry for the longlong-time-no-post-something.

kerana kami yang botak sekarang ni sedang bermalas malasan..

apa pun, mari kita teruskan..

Kaunseling, sebut je pasal kaunseling mesti korang pikir budak nakal je,
budak nakal kena masuk kaunseling sebab buat pasal,
gaduh, rokok, ponteng dan sebagainya..

korang silap. kaunseling bukan untuk orang yang nakal-jahat-degil.
aktiviti kaunseling ni juga boleh diamalkan/dilakukan/dipraktikkan untuk orang baik juga!

aku yang baik ni pun datang kaunseling tiap tiap hari tau tak..

antara aktiviti yang aku buat waktu masuk ke bilik kaunseling si sekolah aku ialah..

- sesi kaunseling - beritahu masalah, masalah cinta, ketagihan internet, masalah fobia dsb.
- mencari kerjaya - korang boleh tanya kaunselor korang pasal kerjaya, kalau korang jenis yang takde cita cita bolehlah jumpa kaunselor,

tak semestinya kalau ada sesi kaunseling, topik yang dibincangkan adalah rokok, dadah dan perkara negatif,
malah perkara biasa pun boleh bawak berbincang seperti:

- menghadapi fobia
- mengawal kemarahan
- keyakinan diri dalam bergaul..

malah korang juga kalau bosan, boleh berborak dengan kaunselor!
jika anda seorang yang forever alone lah...

jadi, ubahlah tanggapan anda bahawa kaunseling hanya untuk budak jahat,
dan rajinlah membincangkan masalah anda kepada kaunselor..

sekian, wasalam, tankiuk,


Yang Suka Masuk Bilik Kaunseling Lepas Habis Sekolah,

Rafid Advefret.

Wednesday, 21 December 2011

Siapa kata jadi Cikgu senang-wafi

hai hai hai! hari ini aku nak bercerita sikit tentang
apa yang dimaksudkan perkataan ...
                   


                                        


                                   ' CIKGU '









Siapa kata jadi cikgu senang?
Bila korang jadi cikgu...barulah korang semua akan
tahu bertapa susahnya jadi cikgu..


bila ada pertandingan bola...cikgu jadi REFREE...
bila ada aktiviti KH...cikgu jadi PETANI...
bila ada kutip yuran..cikgu jadi AKAUNTAN..
bila ada RMT...cikgu jadi PELAYAN
bila ada budak pecah kepala...cikgu jadi DOKTOR
bila ada ceramah..cikgu jadi MOTIVATOR
bila ada hias kelas..cikgu jadi PELUKIS SENI
bila adapersembahan hari guru..cikgu jadi PENYANYI
bila ada kerusi rosak atau patah..cikgu jadi TUKANG KAYU
bila ada budak muntah dalam kelas...cikgu jadi TUKANG CUCI
bila ada budak mencuri...cikgu jadi DETEKTIF
bila ada perkhemahan...cikgu jadi MASTERCHEF
bila ada hari kantin...cinku jadi PENIAGA PASAR MALAM
bila masuk waktu solat...cikgu jadi TOK IMAM
bila ada budak gaduh..cikgu jadi HAKIM MAKAMAH
bila ada budak sakit kecemasan...cikgu jadi AMBULANS
bila ada merentas desa...cikgu jadi POLIS TRAFIK
bila ada budak sedih..cikgu jadi PELAWAK SARKIS









so,siapa kata jadi cikgu tu kerja mudah?semua benda dan masalah 
budak-budak adalah separuh daripada masalah cikgu jugak..
so,semua pekerjaan cikgu pernah lakukan untuk kita semua...
so,jaga lah hati cikgu korang baik-baik..