Saturday, 30 April 2011

hari pekerja-wafi

Assalamualaikum!

sebelum tu,aku nak ucap selamat hari pekerja
kat workers2 yang tngh baca blog aku ni












hari ni...
aku nak cerita sikit tentang hari pekerja...
hari pekerja?
tak tahu?meh sini aku nak cerita...
hari pekerja ialah hari yang 
di tunggu-tunggu oleh pekerja
yang kerjanya 48jam tanpa henti...

so,dengan adanya hari pekerja..
mereka-mereka akan dapat cuti free..
cuti,cuti gak tapi tanggungjawab perlu
dilaksanakan...

hari pekerja ni bukan tuk pekerja saja..
tapi untuk semua golongan...
sama ada student,orang tua or
sewaktu dengannya..

esok hari pekerja...
aku nak nikmati puas-puas hari itu...
kerana..cuti itu sampai hari isnin...
wahh!teruja yang teramat!

aku dah tak ada pape nak type lagi dah nii...
cuma nak ucap lagi sekali..
Selamat Hari Pekerja untuk semua orang!!
ok!bye!!

p/s yang ingin cuti..
p/s yang suka sangat dengan cuti


hujan-wafi

assalamualaikum
hai korang!


apa yang korang pikir pasal
tajuk kat atas tu?
hujan?
ada apa dengan hujan?

macam ni
jika hujan apa-apa aktiviti pun
tak bole dijalankan..betul tak?
termasuklah nak pergi berjoging
pergi kerja bagi orang yang tak ada kereta
dan menunggang motosikal saja..

so,hujan boleh buat kita basah
dan tak juga boleh buat kita demam...
selain demam,hujan boleh buat banjir..
hujan yang berpanjangan boleh menyebabkan banjir..

apa korang pikir hujan boleh buat
orang demam je ke?
korang penah main hujan tak?
mesti penah kan?
hah!hujan juga boleh buat main..

hujan boleh buat kita muram yang amat lama..
sebab apa..
sebab hujan boleh buat kita basah dan tak juga
boleh buat kita selsema..selsema juga boleh buat kita
muram...sebab apa?
sebab hujan lah...


p/s yang tngh bosan...
p/s hiraukan apa yang aku type..

sekarang tengah hujan...aku type bender ni...
ok!bye!

Jan Ti Na. - Ad

Assalamualaikum!
Salam sejahtera kepada semua pembaca diluar sana,
tidak kira sama ada yang masih bujang.. atau yang
telah berkahwin..

Yang Akan Berkahwin, Selamat Pengantin Baru!

Habis pendahuluan, kita masuk isi..

percaya tak manusia ada jantina?
Hei! jangan buat muka camni lah..
cenggini      >     -.- | -,- | --"

just answer the question..
percaya atau tidak?
tak percaya? --'
percaya? :D
bagussss! kebanyakkan daripada pembaca yang bujang,
Percaya!

dan percaya tak komputer ada jantina?

=.=

tak percaya kan... komputer ada jantina!
nak tau camna? ikut step di bawah nih,

1. bukak komputer
2. tunggu sampai segala process stabil, dah?
3. pergi ke start.. all programs.. accessories .. notepad
    lebih senang kalau start.. run.. tulis notepad.. OK

In the notepad

4. tulis nih:
    CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"Hello"
5. file.. save as.. Hello.vbs
    pasti kan notepad disavekan dalam format .vbs , ianya penting!
    siap?
6. tutup notepad, pergi ke folder dimana pembaca simpan...
    bukak file yang di save tadi..

Nanti keluar satu suara, kalau suara tu perempuan, maka komputernya
perempuan, kalau suara tu lelaki, maka komputer tu lelaki...



Tuan Kepada Komputer Jantan.. huhu,

Rafid Advefret


Friday, 29 April 2011

twilight soundtrack-wafi

'RIVER FLOWS IN YOU'



korang pernah terbaca atau dengar tak
tajuk lagu yang kat atas tu??
or penah memiliki atau menonton cerita kat atas tu...
tapi yang ni bukan cerita...
yang ni soundtrack cerita twilight..

best jugak lah soundtrack nya...
aku nak juga tengok ceritanya..
tapi tak sempat nak beli or
baca novelnya...

aku tahu cerita ni dari kawan-kawan aku jugak...
diorang cakap cerita ni best...
cerita ni ada unsur-unsur seram..
alah...biasalah...cerita vampire...
mana tak tidaknya seram..

tapi yang aku cuma tahu cerita ni best..
tu je...
soundtracknya sedap didengar...

kat bawah ni ada lagunya..






dah dengar?
bestkan??
sayu je dengar lagunya kan?


p/s yg sedang dengar lagu twilight-wafi
p/s yg ingin sangat tngok twilight..
so bye!

Monday, 25 April 2011

Doraemon Last Episode. - Ad

Sedang aku melayari YouTube selepas aku post tadi..
aku teringat satu video... suatu cerita... yang amat menyentuh hati...
sampai aku ternangis... cerita itu ialah...


Doraemon...


last episod.. walaupon unofiicial.. tapi macam...
Fujiko Fujio yang buat...


aku teringat dan aku terus cari.. dapat! aku tengok...
sampai sekarang walaupun dah setahun.. aku still sebak..
nih aku share video nya..









sayu... what a dramatic storyline...


Nobita, dari dulu, bidang akedemik, sukan amat lemah...
tapi bila Doraemon "koma" ... dia sedar...
hebat... sungguh hebat dia berubah...
daripada seorang pelajar yang sadis...
boleh jadi pelajar yang cemerlang.. Dekisugi pon kalah...




Jadi, konklusinya, changing yourself will change your life.


Anda mampu mengubahnya....




Sekian, trimas.. sobs sobs...


Yang Sayu (8),


Rafid Advefret

Dracula's Song. - Ad

Assalamualaikum...
Hei hei, aku ada satu video untuk korang tonton..
tapi sebelum tuh aku nak cerita sikit..



                    "Vampire"


apa yang korang rasa bila nampak perkataan kat atas tuh..
takut? haha...
Aku? aku tak takut.. aku suka...
aku suka vampire sebab ability dia, personality..
dan kisah sejarah dia...
aku suka sejak aku tengok Van Hellsing..
best gila.. malah sampai aku termimpi jadi vampire...


dan pada suatu hari.. kakak aku terjumpa satu lagu...
lagu yang sedap.. melodi nya.. umph.. sedap..
bagai menikmati teh Lipton di waktu petang...


alunan lagu yang mengambarkan era vampire...
penuh dengan cerita di sebalik nada...
alunan orkestranya yang menggoda jiwa...
not - not nya ...


ceth, cakap macam amik kursus muzik pulak...
nak dengar? dipersilakan...















sedappp..
sudah kata... bagai menghirup teh Lipton di waktu petang...




nanti kalau ada lagu yang best ker.. aku post..


sekian trimas...




Yang Berlagak Vampira,


Rafid Advefret


p/s: nama " Advefret " tuh aku amik dalam satu website yang mengatakan, nama tuh ada kaitan dengan Vampire...

Saturday, 23 April 2011

He's Got Talent. - Ad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
memandangkan hari ni aku cuti sekolah,
dan dirumah aku bangun 'agak' lewat...
dan tiada apa yang menarik berlaku..
aku memutuskan untuk share video sahaja..


*lagging for 1 minutes*


okay, teruskan..
nih video bukan sebarang video,
nih video dari youtube.. hehe
nih video baik punya...


DIPERSILAKAN TONTON -















sedap dengar...
kalau korang nak dating ngan awek, aku syorkan nih...


sememangnya dia punyai bakat.. bertuah!
kalau korang semua ada bakat, tunjuklah!
tunjuklah kepada dunia,
Upload lah ke YouTube,
Share lah ke Facebook,
Tweet lah ke Twitter,
Blog lah ke Blogger,


aisehh.. nak promote social network pulak...


Konklusinya, ada bakat tunjuk, jangan pendam..




Yang Sedang Mendengar Lagu,


Rafid Advefret

Tuesday, 19 April 2011

Stay Online With RockMelt. - Ad

Hai semuaaaaa...
Apa khabar...


Khabar baik?
bagus...


sengal badan?
kesian...


patah hati?
jangan risau, pasti ada penggantinya...


homework banyak?
shuh! pi siap kan homework dulu.. baru surfing internet...




Cakap pasal surfing internet nih.. korang pernah dengar tak pasal RockMelt?
Ya, RockMelt... tak tau? meh aku crite kan..
rockmelt nih ialah satu browser.. yang untuk orang yang suka online FB...
nak nengok video? japp















hebatkan.. best pakai RockMelt.. senang..
sambil tengok youtube.. boleh chat ngan aweks...
wapi pon pakai tapi jarang...
aku syorkan kepada korang yang suka online pakai
rockmelt...


sekian, wasalam..






Pengguna RockMelt,


Rafid Advefret



p/s: -        ...hehe takda keje..

sampai hati -wafi

assalamualaikum..
dah lama tak post entry baru kat sini...
korang apa kaba?
mesti tak saba2 ape yg aku nak cerita kan?

sblum tu..
aku nak tanya korang...
korang penah ditipu dgn perempuan
masa korang couple dulu??
mesti penah an?

hari ni..
aku nak cerita sikit pengalaman aku kena
tipu dengan si perempuan tu...
macam ni...
pada tahun 2010 aku ada kenal
dengan si perempuan ni....
si dia ni ada kazen kat area kawasan tmpt tinggl aku...
kazen dia jugak yg memperkenalkan aku ngan dia...
so aku kenal lah kat fb...

pas 2,3 minggu kenal die...
aku tnya dia da ada boyfriend belum...
dia cakap dah putus...
aku apa lagi...isikan tmpt yg kosong tulah...
dalam masa itu gak...aku bagi masa 4 hari untuk pikirkan...
coz dalam masa 4 ari tu aku tngh exam..so aku bagi lah dia pikir2 dulu...

selepas 4 hari...
dia setuju tuk terima aku sebagai bf dia...
so aku happy lah...
dalam kegembiraan tu...
aku ada jnji dgn dia...
aku akan setia dgn dia...
aku tak akan mendua kan dia...
aku akan slalu text msg ngan dia...
aku akan ingat dia walau pun tak penah face to face...
jumpa un slalu kat webcam,fb chat,ngan skype..

tapi jodoh kami tak smpai kemana...
masa tu bulan 3 2010 tak silap aku lah....
dia ada cakap nak break dulu coz dia nak study...
so,aku tak boleh buat apa2...terima jelah....

selepas beberapa hari aku break ngan dia...
aku dah tak chat ngan dia lagi da....
coz aku tanak kacau dia nak study....

4 bulan selepas tu.....
aku dapat tahu yg dia ada bf lain...
aku sngt kesal dgn perbuatan dia....
tak suka buat cara tak suka...
jangan lah buat org kecewa...
mlm yg aku dapat tahu dia ada bf lain...
aku tak dapat tido dgn lena...
hati teringat dgn perbuatan dia...
aku sngt kecewa masa tu tmbh lagi perasaan
yg campur aduk nak exam akhir tahun...

aku ada ckp ngan dia...
kalau ada terdengar lagu 'khatimah cinta' ingat lah aku...
ingatan itu jadi kenyataan...
dia ada tag nama aku kat lagu tu kat fb...
tapi,hati yg terluka bagaikan ditikam-tikam masih
tak boleh terima apa yg dia telah buat kat aku smpai
aku kecewa....

biar lah kenangan pahit itu dijadikan bara
yg tuk menyalakan api tuk kembali ceria...

aku akan slalu ingat dia walau pun da tak bersama lagi....
aku akan doakan dia bahagia dengan org yg dia suka...

....walau apa yang aku dah usaha untuk kita..
aku tak pernah hasilkan apa2 yang membahagiakan kita...
walaupun aku yang minta semua tu tapi diri aku tersiksa sangat..
apa lagi bila teringat kenangan manis kita...
aku akan kuatkan semangat untuk perjalanan hidup aku..
kalau ada jodoh lagi antara aku dengan dia Alhamdulillah..
kalau sebaliknya aku redha..
sebab aku tahu ni semua lumrah dunia...
berbahagialah kamu dengan si dia...amin!

Sunday, 17 April 2011

Playful, Energetic. - Ad

Yo, Assalamualaikum, Hai..


sudah beberapa hari aku tak tulis kat blog ni en,
latest post aku tulis pasal apa ek?


OH YA, TELUR.


hehe, aku nih. pasal telur pon nak cerita..
takpa lah, aku nak cerita skit pasal benda yang berlaku hari ni,
hari ni, kawan aku Azizi dan Rezqi melawat rumah aku,
untuk siapkan presentation..


tapi lain pulak yang jadinya, presentation memang buat tapi,
sekejap sahaja, kebanyakkan masanya kami main,
Rezqi, sapa tak kenal, kaki prank en.. lagi naik hantu dia bila ada Azizi,
dua dua kaki prank...


diorang guna FB aku, pastu prank orang..
chat ngan orang pastu kata "i luv u"
pakai fb aku.. memang tip top lah diorang..
datang sekolah esok, kena terjah aku...
mesti ada kontroversi.. aicehh macam artis pulak..


pastu main mesej pulak.. si Rezqi nih.. haiyoo..
dia usha henpon aku.. adesss.. nampaknya..
semua rahsia aku nanti dia gi tau kat skolah..
tak cukup dengan henpon aku..
henpon Azizi pon dia nak usha.. aku pon..
bagai nampak emas.. mesti aku usha sekali..


usha henpon Azizi...


PERGH!!!
ramai gila awek dia kacau..
dengan pompuan yang duduk kat belakang aku pon dia nak kacau..
memang lelaki sejati nih..
kalau aku jadi pompuan pon mesti dia nak ngorat aku...
hebatnya Azizi... yelahkan Dak dak hot en kata orang...


adesss.. tangan lenguh maa.. esok lah cerita..
sudah malas... kalau ada cerita yang best best..
aku post, ok?




Yang Agak Hyperactive,


Rafid Advefret

p/s: dekat rumah aku tak hyperactive.. tapi kalau kat sekolah atau ada kawan.. mode hyper pon on lah..

Wednesday, 13 April 2011

Telur Palsu. (Just for Share) - Ad

Assalamualaikum, Salam Sejahtera...


Jam? Tarikh? Itu tak perlu lah, dah malas nak tarok..


Yeah hehe, kita teruskan..
pernah baca kat surat khabar tak pasal telur palsu?
tak pon, pernah dengar tak pasal telur palsu?


mesti pernah en, kalau tak pernah jawabnya demam..
tau tak yang telur palsu boleh begi effect kat otak dan hati?
teruk en.. rasanya kenapa diorang buat telur palsu?


Sebab..


keuntungan dan jimat masa..


keuntungan sebab, ingridient untuk buat telur palsu tu murah
daripada beli ayam.. harga ayam sekarang yang dah kena korban mahal,
inikan pula ayam hidup, mau tak mahal..


yang kedua jimat masa.. kalau ayam nak bertelur mesti amik masa yang lama,
nak kena ngorat, pastu kawin, pastu bertelur,
tapi kalau yang palsu, masuk bahan, kacau sampai sebati, masuk dalam acuan,
biar sampai kering, sekejap jer..


ciri ciri telur tiruan..


telur palsu takda ruang udara, telur asli ada,
telur rebus palsu bulat penuh, telur rebus asli ada bekas lekuk kat hujung,
telur palsu, antara telur kuning dengan telur putih ada selaput,
telur asli, takda...


so guys, konklusinya, berhati hatilah di pasaraya ketika membeli telur, sama seperti berhati hatilah di jalan raya. :P




Yang Fobia dengan Telur Palsu,


Rafid Advefret

p/s: time nih kebosanan kott.. hehe.. just for share..

kursus pengawas di ulu tiram johor-wafi

assalamualaikum..
apa khabar korang semua?

syukur alhamdulillah...
akhirnya aku dapat ilmu yg bnyk selepas
kursus pengawas di ulu tiram johor..
bnyk jugak kenangan kat sana...
aku pergi hari sabtu yg lepas...
so,korang baca lah apa yg aku tulis kat bawah ni..

hari ni..
aku nak cerita sikit apa yg berlaku kat saner..
pada hari pertama (sabtu) kami berkumpul
di SMK DATO' SETH...iaitu sekolah aku..
sebelum pergi,kami semua menadah tangan
untuk memohon doa untuk sampai dengan
selamat di ulu tiram...tempat kami kursus...

fuhh...tuka bhase...
selepas baca doa..
kami bertolak dari sekolah ke ulu tiram...
perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam...
penat jugak...

selepas 2 jam...kami smpai dengan selamat kat saner..
selepas tu..kami dibawa ke dorm iaitu tempat tido kami...
lepas tu...kami dibawa ke dewan kuliah yg tak jauh dari
dorm kami...
kat dewan kuliah tu kami berkenalan
dengan abg2 dan akak2 fasilitator..
mereka2 semua baik2 belaka dan kelakar...haha

selepas tu...kami disuruh untuk membuat kumpulan
untuk menjalankan aktiviti kumpulan....

di belah ptg pulak...
kami menjalankan aktiviti outdoor...
seperti flying fox,apseling,dan mcm2...

di hari terakhir kat saner..
cabaran kami disana makin mencabar...
kami disuruh naik atas paip yg besar untuk smpai
ke tempat yg kami tuju...sori masa ni camera tak boleh bawa...
so tak ada gmba aku amik...
ketika  kat atas paip tu...kami lalu sebatang sungai yg jernig airnya...
paip yg kami naik tu sngt tinggi dan besar...
mula2 kami naik amat gayat dan takut..
tapi,sebagai seorang pemimpi sekolah...kami memberanikan diri kami...


kat bawah nie aku ada amik beberapa
gmbar untuk santapan korang semua...










itu saja gmba yg aq amik...
nak tngok lagi sila walk kat fb aq lah....
k da tade pape lagi nak story...bye...

Monday, 11 April 2011

Pak Turut. - Ad

09:05 pm, 11 April 2011 Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


sudah lama aku tak post en.. dan hari ni aku nak cerita something kat korang nih..


YA KAMU. siapa lagi..


sebelum cerita, mai buat watak dulu...


1) mangsa
2) pesalah
3) A1
4) A2


*kalau aku kata A tuh maksud nya dua dua A


siap!


cerita nya cenggini...


aku tak paham apa yang jadi, tapi aku rasa yang pesalah main cakap lepas kat mangsa harituh, pastu mangsa report kat bapak dia... pastu pesalah rasa tak bersalah dan rasa yang mangsa patut bersalah, pesalah nak mangsa minta maaf kat pesalah. lain pula cerita si mangsa, mangsa sebenarnya tak bersalah sebab yang mulakan dulu pesalah, pastu mangsa nak pesalah minta maaf... tadi, waktu aku ngan mangsa cakap pasal benda lain selain dari benda yang berkaitan kat atas, aku pergi kat group pesalah, pesalah takda tapi A1 ngan A2 ada... time aku datang tiba tiba A marah kat aku, yang kononnya aku nih da belot diorang lah kan... aku pon panas je lah.. sah yang A dah diikat hidung dia ngan pesalah.. jadi pak turut... pastu aku dok balik kat group mangsa...


kesimpulan, aku mangsa keadaan...


A dah jadi pak turut pesalah, pastu boikot aku... macam boikot Israel... walaupun aku bukan dipihak kedua duanya, paham? mesti tak paham en, sebab aku pon tak berapa paham...
nih aku nak bagi mesej nih..


To A1 : weyh ko sebok je en post kat FB suruh buat benda baik, post ayat pasal silaturrahim ar.. tapi ko yang menggila sangat nak boikot aku, weyh ko sedar tak yang ko dah putuskan silaturrahim antara aku ngan ko?


To A2: ni lagi sorang, suka sangat sakit kan hati aku.. memang ar depan ko aku senyum, tapi dalam hati aku nih nak jer aku sumpah ko tau.. jangan sampai aku tak maafkan ko sampai mati.. suka pentingkan diri... bila dah takda kawan, mula ar cari aku... ko memang bangsa yang .....


To pesalah: memang patut pon ko kena, ko memang suka cakap lepas.. suka pandang rendah orang lain.. apa kalau aku noob suka hati ko nak panggil aku noob.. weyh sedar lah.. ko dah besar panjang, tak reti hormat ke? tak reti bersopan?


Jadi konklusinya pembaca semua, tolonglah jangan jadi pak turut, just be yourself, jadi pak turut bukan nya dapat ganjaran pon.. lagi wat masalah ada ar..




Yang Panas Gila Babeng Sekarang Nih,


Rafid Advefret

p/s: yang terasa padan muka, nasib baik aku tak post nama korang.. siapa yang makan plastik, dialah orang gila..

Friday, 8 April 2011

Kursus MEPS-Q? -wafi

assalamualaikum..
apa habak reader2 yang hensome2 dan cantik2..

emm..
apa yang korang pikir tajuk yg kat atas tu?
MEPS-Q?
mesti korang tanya apa benda tu ek?
bergini..esok aku ada
kursus pengawas kat Ulu Tiram Johor..
alahai....dah jadi pengawas ni macam-macam
cikgu suruh pergi...
apa kah daya...tanak pergi cikgu suruh bagi alasan
panjang lebar sampai kampung jiran sebelah...haihhh...

esok hari yang aku tunggu-tunggu...
tak sabar nak pergi sana...dan
tak sabar nak ambil gambar banyak-banyak kat sana..
alahai...kena ada 2 kerja dah aku kat sana......
esok pagi-pagi dah kena bangun awal-awal...
alahai...malasnyee!!
kalau camping nie tak tidur malam lah jawabnye,..

lagi satu...
aku nak minta sorie kat pembaca-pembaca blog aku..
karena dah lama aku tak update...
haihh....lepas MSSD hari tu aku kena keja
balik tajuk yang cikgu ajar...
tu yang seminggu lebih tak update...
apa pun...sorie ok!!
dah tak ada apa-apa nak kata dah ni...
so,.
bye!

"komputer aku lag lah" - Ad

10:48 pm, 8 April 2011 Jumaat
Tukar format...


Hai semua dan assalamualaikum...


mesti korang semua tertanya kan kenapa kitorang tak update blog...
sebab Wapi tak update blog ialah...
mungkin dia busy layan awek... busy main bola / futsal...
atau takda idea...
Wapi oi! bila nak post? Hoi Wapi!
nanti aku message dia lah.. suruh dia post kat blog...


sambung sambung...


Aku busy sebab aku sibuk dan komputer aku buat masalah...
Bala, bala...
masalahnya ialah lag.. atau sekat sekat, lembab lembab dan takda respon...
yeah itulah masalahnya...


Lag dah buat hatiku panazzz sejak akhir akhir nih...
jaga ko komputer.. wa hempuk lu dengan kayu gua.. baru lu tau.. puihh...
mencik mencik...


nak main dota pong susah...
sampai kena HOLY $H!T... sorry makcik... perkataan tuh da memang ada dalam DotA..
ampooonn...


nak kata tak clean, aku dah clean.. nak kata process banyak.. log in terus jer aku da del process..
nak kata download software macam macam.. yelah kot.. hmmm...


kepada pembaca diluar sana.. tolonglah aku nih yang amat memerlukan pertolongan kamu semua...
komputer ku lag selalu.. apa kan daya... huhu


Sekian, Wasalam.. sobs sobs..


Yang Benci Lag,


Rafid Advefret

p/s: kalau korang rasa post kali nih amat pendek sekali.. ini disebabkan minggu nih paling teruk dalam hidup aku.. takda mood langsung nak cerita...

Monday, 4 April 2011

Meremang Bulu Tengkuk Aku. -Ad

0000, 04042011 Isnin


mesti korang terpikir kan.. apa yang meremangnya..
nak tau?


*inhale, exhale, deep breath*


aku dengar lagu Friday, yang didendangkan oleh Rebecca Black..
suara nya yang merdu, lunak dicampurkan dengan sengau yang mengasyikkan dan sumbang yang menggoda ...
bukan nak mengutuk tapi ini FAKTA...
sumpah! lagu ni yang masuk KOSMO dulu... lagu dia, pergh! tak sampai separuh dah close tab..
bukti? nih..


*gamba kecik? kliklah, membesarlah dia...


kalau korang tengok, diantara aku snap gambar pertama (gambar yang tak di-zoom) dengan gambar kedua 
(gamba yang aku zoom ngan crop kan) korang dapat nampak yang dislike bertambah sebanyak 100+.. like?
entah..


nak tau rating aku bagi apa?
negative infinity kalau boleh.. video dahlah tak syok.. kalaulah diberi peluang.. lagi sanggup aku tengok Khurafat sorang sorang kat wayang..

jadi konklusinya: kepada yang kat luar sana tuh.. kalau degil sangat nak dengar, dipersilakan.. tapi jangan lupa ubat telinga!

The One that Suffering,

Rafid Advefret

p/s: yo rebecca, hang buatlah music vid lain.. delete lah music vid nih.. mencik mencik!

Sunday, 3 April 2011

Vi Sitter här i Venten och Spelar Lite Dota. -Ad

2235, 03042011 Ahad


"I hear the summons," Vol'Jin, Witch Doctor


Assalamualaikum dan Hai,
cer teka tajuk kita untuk kali ini apa?
Yes DotA.. short for


Defend of the Ancient...


eh, bukanlah.. pasal game..
ramai yang cakap game tuh banyak disadvantage kan.. 
game pon ada advantage nya lah.. misalnya..


game strategy boleh menajamkan fikiran contoh..


Command And Conquer 3: Tiberium Wars 








aku teringin doh benda nih..


sambung cerita.. selain tuh..


First Person Shooter boleh buat kita lebih cekap... contoh..


Call of Duty: World at War






yang nih teringin bhai..


selain dua diatas..dengan game multiplayer.. 
kita juga boleh main game ngan kawan,
kalau bosan..






DotA!!! besy besy!!


kalau nak yang futuristik, cool dan addicting.. try nih..




huhu.. game nih da hilang lah.. teringat time aku darjah dua main nih.. sob sob..


tapi kan.. aku pelik lah.. perempuan suka sangat cakap..


"DotA DotA, tak habis habis,"


kalau awek, kawan pompuan korang cakap cenggini.. korang balas..


"Biarlah, lelaki, apa yang pelik kalau lelaki main DotA, sama jugak macam pompuan, tak habis habis gosip,"
kalau ada makcik kat luar sana terasa, sori ya.. saya kecik lagi, hehe...


tapi lagi pelik kalau ada budak yang tak pernah main game langsung! yang tak berkuasa tuh, not included eh..
takkan lah dalam seumur hidup tak main game? CC kan ada.. gimme the answer!


HAH! baru semalam aku lepak rumah Abu.. buat rombongan ramai ramai lagi tuh.. kitorang main...




best gila doh.. Wapi! bulan 6 PES jom!!




Konklusi? tak dak.. pengajaran tak wujud doh..




DotA Newbie,


CicakXor aka Rafid Advefret


p/s: kepada gamers, jangnlah main game selalu yer.. nanti sakit, aku yang susah..