Monday, 24 October 2011

Bab: Episode 41: Very Awkward. - Ad

Hai, Assalamualaikum..
apa khabar?

sihat? okay, good..

ni aku nak bercerita ni..
cerita yang perlu aku cerita..

yang melibatkan lebih daripada seorang...

cerita yang berkaitan keluarga..

okay, ceritanya...

Al-Kisah..

korang dah tau kan Wafi ni sedara aku..
sedara yang duduk kat Johor..
sedara belah mak aku yang tercinta...

tapi aku ada lagi sorang sedara yang duduk kat Johor,
sedara belah bapak yang aku respect!
nama dia.. Hasnain..

aku tak terdetik pun aku nak bagitau Wafi pasal Hasnain ni..
kitorang sebaya..
sebab kadang kadang aku lupa nak tanya..
sekarang nekad.. lima minit pastu lupa..

so, satu malam ni.. atau lebih tepat..
malam ini.. (pada waktu aku tulis blog ni lerr..)

okay, lebih tepat lagi.. tadi..
Wapi ada tunjuk satu profile FB tau..
dia tanya .. ni kazen Aiman kan..
pastu aku pun tengok ar muka mamat empunya profile tu..

sekali tengok.. Eh, macam kenal..
tengok lama lama.. Eh.. ni sedara aku belah sana lah!

so, then aku pun cakap kat Wapi.. "Kenal.. ni sedara belah ayah,"
aku pun add dia.. aku tengok mutual friends..
kakak aku dah add dia.. hampeh! bukantau nak bagitau..

maklumlah, aku bukan tau sangat nama panjang dia..
jarang jarang jumpa..

aku tanya Wapi..
"dia sekolah mana?"
"Dato' Seth,"
"kelas mana?"
"kelas pagi,"

pastu Hanain approve aku..
kitorang apa lagi.. wall to wall lah en..
start from that.. kitorang tiga pun chat-wall-etc...

rupanya aku punya network besar rupanya.. :3
maklumlah.. kat sekolah aku ada dua pupu..
kat Johor dah ada dua kazen.. yang mana dua dua awesome..
bila kira kira semua ni..

= Super Duper F Awesome!

and bila aku nak Story kat korang semua yang dikasihi ni..
aku rasa awkward sangat...

let it be, dunia ni kan kecik..

to Hanain, kau tengok kau, cuti ni aku datang Johor aku dengan Wapi gegar rumah kau! HAHA!
just kidding..


Kesimpulannya.. aku suka keluarga besar aku.. and aku suka hidup aku! aku suka semuanya! HAHA!

sekian, wasalam, tankiuk!


Yang Tak Pernah Terbayang Yang Benda Macam Ni Akan Terjadi (YTPTYBMNAT),

Rafid Advefret.


p/s: cerita betul ni bro! kalau korang still pening pening dengan Story tu.. tanya aku.. kay!



Alhamdulillah-wafi

Hey peeps!



Assalamualaikum..
syukur Alhamdulillah kerana sempat lagi hendak buat post yang terbaru kali ini.
sekian lama tidak buat post baru hampir 3 minggu..
dengan busy memanjang baca buku..dengan final exam nya lagi dengan training bolanya lagi..




tapi tak mengapa..
hari ini aku nak bercerita panjang-panjang dekat korang semua..
apa yang aku buat sepanjang 3 minggu tu?
nak tahu?korang mesti habiskan baca post ini dulu korang akan dapat tahu
apa yang aku buat...




minggu pertama..
sekolah ada buat latihan bola sepak under17 untuk wakil MSSM
negeri Johor ke Arau,Perlis..pada seminggu tu penuh dengan latihan tak henti-henti..
sebab apa sekolah aku dapat terpilih ke MSSM Arau,Perlis?nak tahu?
korang mesti tertanya-tanya sebab apa kan?
pada bulan 8 yang lepas,sekolah aku dapat NaibJohan dalam pertandingan bola sepak
MSSN..wahh!!bangga tak bangga!
so,dapat pergi MSSM ke Arau,Perlis..dah jelas sekarang kan?




minggu kedua..
aku ada peperiksaan akhir tahun..atau final exam..dah final exam semua tajuk mesti keluar kan?
pada pagi esok nak periksa baru malam tu baca buku..munkin korang sama juga dengan aku kan?
tak payah nak tipu...ini perkara biasa bagi seorang student..bila nak exam tergesa gesa nak cari buku..
seminggu nak exam boleh siap main-main lagi..jangan amalkan selalu..bila nak exam saja
korang boleh buat macam ni..dah abis exam korang akan bebas atau merdeka..so,korang
boleh buat apa saja bila dah abis exam..boleh joget-joget...boleh lompat-lompat..boleh tendang-tendang..
boleh nyanyi-nyanyi macam (syahmin).. :P






minggu ketiga..
minggu ketiga menarik sikit..iaitu minggu semua orang cuti menyambut deepavali..
korang sambut ke?mestilah sambut kan...kita kan satu Malaysia..semua perayaan kita boleh sambut..
minggu ketiga ini lah munkin boleh jadi minggu yang paling aku busy dengan training bola sepak under14
dan training sofball yang mana perlawanannya makin dekat....so,terima sajalah minggu cuti yang memenatkan
dan sakit-sakit badan..masa cuti inilah boleh ambil peluang tuk training..kalau tak..bila lagi nak training tu semua..korang juga bersendapat sama apa yang aku rasa sekarang ini kan?
bagus lah kalau faham dan tak payah aku terangkan lagi panjang lebar..





so,penuhilah musim cuti korang semua
dengan aktiviti yang berfaedah lagi yang menyehatkan tubuh badan
korang juga..


pesanan yang tak seberapa ini untuk korang semua..



ikhlas daripada,
wafi~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
menanti post yang seterusnya?
teruskan melihat blog kami dan munkin kami akan
mengupdate lagi..terimakasih!                                                         




Hey Hey! Guys! - Ad.

Assalamualaikum,


Hey Guys and Girls!


wassup?


Did you have a nice day?


If Yes, you're cool!


If you're not. I guess you felt very very hot!


readers, the point what am I writing this post is,
I want to apologize to you all, 
because.. we've long time didn't update this blog.


I'm really really sorry.


It is because I have End-Year Exam, so do Wafi.


and we're too busy! we study everyday, although we study using Facebook,
and study in dreams..  but we're still didn't have much time,


so, I'm sorry because all of that.


And, can you feel the heat?
Feel the wind?


What heat? What wind?


It's the heat of end-year!
The wind of December..


And because of that I'll coming to Johor soon!


= maybe make some vlog.


see the maybe? insyaAllah, if there is time.. so, guys and girls..


goodbye..


that's all, wasalam, tankiuk! XP


Sincerely,

Rafid Advefret.

Sunday, 2 October 2011

First Time 100! - Ad

Hai, Assalamualaikum,
apa khabar? sihat?

lapar? pergi makan~

time ni aku tengah lapar ni,

okay!

mungkin semalam aku agak jiwang,

so, aku pun bukak game tembak tembak..

CZ, korang tahu kan,

jadi aku pun main dengan penuh perasaan,
bukan sedih tapi, gila!

best kott main, dah lama tak rasa seronok cenggini,

then, aku main sampai 100 kill! nak tengok?

with a little edit lah, kalau nak yang real, mintak..


*klik untuk tumbesaran sempurna!*


of course, AI!

so apa pendapat korang?

sekian, wasalam, tankiuk!


Tak Ikhlas Pon,

Rafid Advefret

Bab: Episode 39. - Ad

Duduk satu meter berjauhan,
menghadap antara satu sama lain,
eh tak, awak pandang BB awak,
saya seorang pandang awak,
saya syok sendiri,

mengharapkan perhatian,
sampai berlambai lambaian,
walaupun dekat je pun,
orang lain tengok,

gila ke budak ni?
kenapa dengan mamat ni?
nak cari perhatian lah tu,
hot lah tu!

tapi saya tak kisah,
biarlah diorang nak kata apa pun,
saya cuma nak bersama dengan awak,
nak bercakap dengan awak,
nak bermesra dengan awak,

tapi awak,
awak tak layan saya,
saya tanya awak jawab sepatah,
saya senyum awak tak senyum,

lagi teruk,
saya pandang awak tapi awak tak layan,
mungkin saya kena jadi Brad Pitt dulu baru boleh,
ataupun artis korea?
atau, Aaron Aziz?

saya malu,
orang tengok saya,
gelak,
tapi awak tak tengok saya,
mahupun senyum,

saya pun pergi meninggalkan awak,
dengan kawan awak,
dengan BB awak,
dengan sombong awak,

sempat saya mencapai Walkman,
lepas stress lepas tekanan,
nasib baik ada Walkman,
kalau tidak, entah apa akan jadi,

ironinya,
semua jenis lagu yang ada,
mesti lagu jiwang juga,
Walkman ku psychic,

sedangkan Walkman pun tahu isi hati saya,
awak, manusia,
takkan tak tahu apa yang saya rasa,
saya menyanyi,

saya jadi aku,

aku menjerit melalak,
menyanyi dengan pitch tinggi,
berjalan ke sana sini,
bajet music video, sampai buat gaya,

kawan tengok,
diorang tahu, apa yang aku rasa,
betul kata orang,
kawan lagi baik daripada kekasih,
mereka biarkan,
aku berterima kasih dengan mereka,

sambil lagu dipasang,
aku fikir, apa aku dah silap langkah,
atau langkah betul tapi teknik salah?
mungkin taktik?

aku jadi saya,

tak kisahlah,
saya teringat dulu,
awak nak bersama dengan saya,
mintak bagai nak rak,

tapi sekarang,
sekadar manis mulut,
untuk mainkan hati saya, ya awak?
oh awak, mengapa?

saya jadi aku,

aku bosan,
dah takde apa yang aku boleh buat kat sini jadi,
balik,
ke rumah,

aku balik bertemankan kawan,
bukan bertemankan kekasih,
yelah kan apalah aku di mata kekasih,
hanyalah satu manusia daripada 6 billion manusia,

aku fikir apalah nasib aku,
hubungan aku dengan mu,
apakah perlu aku datang kepadamu,
duduk melutut menunduk bagi memuaskan hatimu,
wahai puteri hatiku yang sombong?

apa aku kisah,
ini cuma masalah kecil,
ini cinta, cinta monyet,
cinta sebenar, dah kerja nanti,

masalah yang akan datang,
lagi handsome, lagi macho,
jauh lagi besar dari ini,
jadi kau hanyalah masalah yang kecil,
walaupun rumit, masih boleh selesai,

aku bukan seperti lelaki yang lain,
nak dua kekasih dalam satu masa,
aku juga bukanlah yang gila cinta,
putus cinta, terus lembik,

jadi aku senyum,
kisah apa kan,
seperti yang aku cakap,
kau hanyalah masalah kecil.

:P

Sincerely,

Rafid Advefret

Saturday, 1 October 2011

Love us single present-wafi


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang insan yang bergelar LELAKI.