Friday, 10 February 2012

Kaunseling. - Ad

Assalamualaikum! Selamat Sejahtera!
sorry for the longlong-time-no-post-something.

kerana kami yang botak sekarang ni sedang bermalas malasan..

apa pun, mari kita teruskan..

Kaunseling, sebut je pasal kaunseling mesti korang pikir budak nakal je,
budak nakal kena masuk kaunseling sebab buat pasal,
gaduh, rokok, ponteng dan sebagainya..

korang silap. kaunseling bukan untuk orang yang nakal-jahat-degil.
aktiviti kaunseling ni juga boleh diamalkan/dilakukan/dipraktikkan untuk orang baik juga!

aku yang baik ni pun datang kaunseling tiap tiap hari tau tak..

antara aktiviti yang aku buat waktu masuk ke bilik kaunseling si sekolah aku ialah..

- sesi kaunseling - beritahu masalah, masalah cinta, ketagihan internet, masalah fobia dsb.
- mencari kerjaya - korang boleh tanya kaunselor korang pasal kerjaya, kalau korang jenis yang takde cita cita bolehlah jumpa kaunselor,

tak semestinya kalau ada sesi kaunseling, topik yang dibincangkan adalah rokok, dadah dan perkara negatif,
malah perkara biasa pun boleh bawak berbincang seperti:

- menghadapi fobia
- mengawal kemarahan
- keyakinan diri dalam bergaul..

malah korang juga kalau bosan, boleh berborak dengan kaunselor!
jika anda seorang yang forever alone lah...

jadi, ubahlah tanggapan anda bahawa kaunseling hanya untuk budak jahat,
dan rajinlah membincangkan masalah anda kepada kaunselor..

sekian, wasalam, tankiuk,


Yang Suka Masuk Bilik Kaunseling Lepas Habis Sekolah,

Rafid Advefret.