Sunday, 15 May 2011

Sinopsis Dalam Beberapa Hari Yang Lepas, Dan Akan Datang. - Ad

Hai semua, Assalamualaikum..
dah lama tak bukak blog.. bukan sebab busy tapi malas derr...
disebabkan Streamyx punya marketing strategy nih.. 
internet bertambah perlahan.. men-DotA pon takleh..
hei kawan Dota aku.. ni lah punca aku malas nak main ngan korang..
berbalik kepada garis lurus.. dalam beberapa hari ni ada jugak aku sibuk..
meh aku buat sinoposis..


Minggu lepas..


sekolah seperti biasa, belajar seperti biasa, cikgu memberikan surat periksa
kepada semua murid yang menandakan periksa akan datang. aku tak bukak
komputer sebab malas tapi beralasankan belajar. aku kena "bedah" kerusi
urut yang lama untuk digantikan dengan kerusi yang baru.. di sekolah, situasi
seperti biasa..


Sabtu sampai Ahad..


pagi sabtu balik kampung.. Perak.. untuk jumpa ngan atuk and opah..
di kampung.. dapat tengok beberapa helang try nak makan ayam kampung.. 
sempat rakam tapi malas nak upload.. round di sekeliling kampung then, balik..
di rumah.. dapat jumpa ngan abang sedara yang datang melawat.. dapat tengok
anak dia yang comel~ ahad.. ayah mak rancang nak tambah bilik atas..
dah plan jumpa ngan tukang rumah.. pastu bincang bincang.. excited beb..
malam.. pening loya mual nak bwuekks ketika sedang menulis blog..


RAMALAN MASA HADAPAN...


Isnin sehingga selasa..


Hari Guru - tak datang, anak murid derhaka.. :P


bangun bangun kena marah sebab bangun lambat.. biasalah bujang.. tengok tv..
online.. tengok movie kat youtube.. pastu gosok baju.. main bola
(kalau Iman ponteng gak) pastu DotA.. (kalau internet lajuuuuu)


Rabu - Khamis..


rutin hidup biasa - bangun, sekolah, belajar, balik, tido..


Jumaat - Jumaat


periksa! aku tak kesah pon pasal periksa.. dah habis periksa.. menggila menjerit
"MERDEKA!".. padahal belom lagi.. ada periksa banyak lagi..


Sabtu..


WAHHHH!!!!!!!! feel like entering a new life! finally, school holiday!


Bulan depan..


balik kampung Johor.. dan diharapkan buat vlog bersama Wapi! moga termakbul..
Aminnn...






dan inilah sinopsis dan ramalan dalam otak aku.. moga hari berlalu dengan cepat..
dan berlalu dengan amat lambat di waktu cuti sekolah,
sekian, wasalam, tankiuk,




Yang termatlah mual,


Rafid Advefret


p/s: bwueekkss.. kemungkinan tak akan update blog dalam beberapa hari.. akan berusaha update.. wish me pass this exam..

No comments: