Thursday, 30 June 2011

Bulan Sya'ban hampir tiba-wafi

Assalamualaikum..






hai kawan-kawan!sudah lama juga aku
tak buat post yang baru
kali ini aku nak bercerita tentang
kedatangan bulan sya'ban...




bulan sya'ban adalah bulan yang ditunggu-tunggu bagi
setiap orang islam..kerana bulan sya'ban adalah
bulan-bulan yang sangat mulia...
bulan sya'ban juga bulan yang disunatkan berpuasa sunat
sebelum menanti ketibaan bulan ramadhan..




bulan sya'ban adalah bulan yang ke-3 (tak silap aku)
yang paling Allah makbulkan doa mereka yang kusyuk,
dan juga doa-doa orang-orang yang teranianya...
bulan sya'ban memberikan orang islam sabar menunaikan
puasa sunat sya'ban dan juga amalan yang lain..




bagi mereka yang rajin menunaikan puasa sunat
bulan sya'ban adalah paling sesuai untuk mereka semua..
pahala menunaikan puasa sunat sya'ban adalah
10 kali ganda daripada puasa sunat yang lain..
so,tunaikanlah puasa sunat sya'ban ini..




ok geng!
puasalah demi menambah
pahala masing-masing...
bye!

Wednesday, 29 June 2011

Surviving Emergency During Warfare, EQ is Needed! - Ad

Hai semua dan Assalamualaikum!
sorry dah lama tak post...
idea mengering dan masa menyempit..
Anyway.. aku akan tetap post sedaya upaya!
so kali ini.. aku akan postkan satu maklumat...
pendidikan sebenarnya... tentang survival ketika perang...
petikan nya panjang jadi rajin rajinlah baca sampai habis ya!


Source : http://militaryofmalaysia.net/2009/06/panduan-kecemasan-masa-daruratperang-etc/


so here we go!





Kita tidak tahu jika saat-saat bahaya menanti kita, sama ada perang, darurat atau bencana alam. Saya sendiri pernah membuat tindakan yang membahayakan nyawa, di mana semasa satu tugasan di Iran, saya membawa khemah dari Malaysia.
Cuaca ketika itu sangat sejuk, khemah yang saya bawa hanya sesuai untuk waktu malam tropika yang mempunyai kebolehan untuk melindungi saya dari serangan nyamuk tetapi bukan untuk menghangatkan saya dari cuaca dingin seperti di gurun Iran. Saya hampir beku di dalam khemah, ketika ini saya terpaksa memakai 3 lapis baju, dua lapis stokin dan sarung tangan. Terus terang, saya rasa nak menangis dan mengucap dua kalimah syaadah beberapa kali kerana saya terfikir akan mati akibat kesejukan.
Kesemua percubaan saya untuk memanaskan badan gagal, akhir sekali saya terpaksa menyalakan lilin askar (sejenis lilin untuk memasak) dan membakar lilin itu di dalam Mestin (sejenis dapur kecil yang dibuat dari alumunium). Memang berbaloi, haba yang dikeluarkan menyebabkan saya tidur nyenyak.
Tiba-tiba saya terasa peha saya sakit seperti digigit serangga, apabila sedar, rupa-rupanya api sudah menyala dan membakar seluar saya malah hampir membakar khemah. Semua tindakan cepat diambil,lega,kalau tidak saya rentung pada pagi itu di satu bumi yang amat asing sekali.
Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala Macgyver).
1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar oleh aruah nenek saya.
2. Belajar untuk “mengsterilkan” air, kecuali jika anda tinggal di tepi sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat bahaya untuk keluar mencari air. Didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk membunuh bakteria. Di Baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika Syarikat, bekalan air bersih masih gagal dicari. Anda boleh hidup selama 3 hari tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan.
3. Pastikan anda mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang mencukupi. Selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak misalnya boleh digunakan sebagai minyak pelincir. Minyak masak juga boleh menggantikan minyak hitam dalam enjin kereta anda. (Saya sendiri menggunakan minyak masak Cap Buruh untuk enjin kereta saya jenis Proton Saga. PERINGATAN!!!! GUNA HANYA MINYAK MASAK BERASASKAN KELAPA SAWIT SAHAJA.
Minyak tanah/kerosene selain untuk bahanapi (memasak), ada teori ia boleh digunakan untuk mengerakkan kereta anda dengan syarat, anda perlu menapisnya terlebih dahulu dari serpihan kulit ayam atau campuran air(INGAT SEMASA PERANG…BEKALAN PETROL AMAT-AMAT SUSAH UNTUK DICARI). Anda juga boleh belajar untuk membuat sendiri bahanapi bagi kenderaan anda pada alamat : http://www.bio-power.co.uk/makeit.htm. Di Seremban, salah seorang sahabat saya berjaya mencipta “Spark Plug” yang boleh digunakan dari anda sehinggalah ke anak cucu dan saya gunakan spark plug ciptaan beliau pada kereta saya.
4. Laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. Pada masa aman, ia boleh dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan anda sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko untuk membawa keluar kereta. Simpanlah minyak anda untuk saat-saat kecemasan sahaja.
4. Ketahui lokasi rumah anda. Semasa peristiwa 13 Mei, apabila jalanraya menjadi kurang selamat, mereka yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei, memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. Sungai yang saya maksudkan ialah Sungai Gombak dan Kelang.
5. Radio FM/AM. Sangat penting untuk mendengar makluman penting.
6. Jika anda dalam satu komuniti, saya sarankan anda menyimpan Microphone Kondenser (dahulu saya membeli mic jenis ini dengan harga RM9.90 sen sahaja, saya tak pasti jika mic jenis ini masih dijual lagi). Lilit wayar pada arial radio anda. Cari frekuensi FM yang sesuai. Anda boleh membuat pengumuman penting sejauh lebih kurang 1.5 ke 2 kilometer jika berada di atas bukit. Suara anda akan keluar pada setiap radio yang “tune” pada frekuensi tersebut.
6. Walkie Talkie. Dalam perang, telefon anda tidak berfungsi. Belajar untuk menggunakan sistem perhubungan radio dua hala. Saya memiliki radio walkie talkie VHF/UHF yang dibeli dengan harga RM1,000, walkie talkie saya juga boleh mengesan sebarang frekuensi lain dan mendengar perbualan radio orang lain.
Untuk orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman dengan radio amatur, saya menyarankan anda membeli Walkie talkie Talkabout (biasa diguna oleh penjual DVD haram anda) dari kompeni Motorola beharga lebih kurang RM300-500 untuk dua set, amat berguna bagi menghubungkan anda dengan keluarga di rumah. Walkie talkie Motorola ini mempunyai capaian sejauh lebih kurang 3 kilometer. Kuasa bateri agak lemah, jadi, berbual untuk perkara penting sahaja.
7. Elakkan dari berada di bangunan-bangunan yang mungkin menjadi sasaran meriam atau bom, misalnya KLCC, menara KL, pengkalan tentera, menara telekomunikasi, jambatan, bangunan kerajaan dan etc.
8. Bawang-penting sebagai jalan terakhir jika berlaku serangan kimia. Makan dan kunyah bawang-bawang itu jika anda terperangkap dalam situasi berkenaan (Saya tidak pasti jika ini benar tetapi maklumat ini saya dapat dari rakan saya yang merupakan bekas kapten pasukan GGK). Kalau anda rasa dengan menahan nafas, anda boleh terselamat dari serangan gas beracun atau kimia, anda sebenarnya salah. Saya sendiri pernah diuji dengan gas beracun (tidak ingat namanya) dan bertahan hanya selama 5 saat sahaja sebelum ditendang keluar dari bilik gas. Sebelum itu saya yakin, dengan menahan nafas saya pasti lulus ujian ini tetapi teori saya silap, untuk pengetahuan pembaca, saya mampu menahan nafas selama 60 saat (Oklah kot untuk orang awam).
Untuk pengetahuan anda, gas yang diuji ke atas saya itu menyebabkan kerongkong rasa terbakar, leher macam kena cekik, mata berair dan susah hendak bernafas atau menyebut “HELP!HELP”. (lihat gambar di atas kalau korang tak percaya)
9. Bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika anda mencatu makanan, bekalan ini cukup untuk menampung anda minimun 6 bulan jika anda hidup seorang). Bab ini anda fikirlah sendiri, setiap orang mempunyai keperluan berbeza, saya misalnya…rokok lebih penting dari nasi. Sebenarnya makanan-makanan kering ini banyak membantu saya menghadapi saat-saat sukar di luar negara.
10.Jika di hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun. Ular sawa, katak dan ulat (sumber protein) boleh dimakan. Saya sendiri pernah menikmati daging ular, katak dan ulat dalam satu lawatan ke kem temtera, terus terang, saya surrender dan dari situ saya mula faham bertapa peritnya kehidupan seorang anggota tentera di dalam hutan.
11. Apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta anda dari membiarkan bateri berada dalam kereta. Bateri kereta itu mungkin berguna untuk tujuan lain. Bateri juga akan menjadi lemah jika diam dalam kereta untuk beberapa hari.
12.Charger bateri untuk bateri kereta atau motor mungkin sangat berguna (Guna untuk caj bateri yang lemah kerana dalam saat-saat ini, anda bukan boleh sewenang-wenangnya membawa kereta ke hulu dan ke hilir). Saya buat masa ini mempunyai charger 6-12 wattt yang saya beli untuk bateri motorsikal Blade 250cc saya dengan harga lebih kurang RM60. Ia juga berguna untuk caj peralatan-peralatan lain tetapi anda kena “Hardwire” lah sikit.
13.Anda pernah dengar perkataan gajet yang diberi nama “Inverter”, ini merupakan gajet yang sangat berbaloi untuk anda beli. Sambung pada soket “lighter” kereta dan “Inverter” ini boleh digunakan untuk menukar arus elektrik kereta bagi memasak nasi, caj telefon, nyalakan lampu, masak air. Ia boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM200 untuk 500 watt. Mungkin ramai yang tidak faham, OK saya bagi satu contoh…anda mempunyai telefon bimbit dan biasanya dalam kereta kita beli alat caj telefon bimbit yang khusus untuk dalam kereta. Inverter pula mempunyai soket elektrik yang sama dengan rumah dan anda boleh caj telefon bimbit dalam kereta menggunakan “Charger” biasa telefon anda. Selain sambungan pada soket “lighter” di dalam kereta, ia mempunyai sambungan wayar negatif dan positif untuk di klip pada bateri kereta untuk kegunaan barang elektronik di rumah dalam keadaan bekalan elektrik terputus. Sangat berguna untuk saat-saat kecemasan. Model untuk 1,000 watt juga dijual dengan harga RM500.
14.Jika anda bernasib baik, bekalan elektrik mungkin masih ada. Pengalaman di Iraq menunjukkan, pasukan tentera yang menyerang tidak mahu menyerang stesyen janakuasa elektrik atas dasar perikemanusiaan.
15.Jika nasib anda buruk, generator elektrik yang berharga di antara RM1,000 ke RM1,500 amat berguna. INGAT PANDUAN SAYA YANG KE 3-MINYAK MASAL DENGAN SEDIKIT CAMPUR KEROSENE BOLEH DIJADIKAN BEKALAN BAHAN API.
16.Belajar untuk mengenali struktur rumah anda. Rumah anda boleh menjadi kubu dan kubur anda. Susun ruang perlindungan anda dengan perabot yang ada (wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan anda cedera. Biasanya kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dll.
17.Parang/Kapak.Penting untuk perlindungan, memberi bantuan, mendapatkan bekalan kayu api.
18.Alat bantuan mendapat makanan seperti joran, anda juga disaran belajar menanam.
19.Coklat. Coklat Cadbury, minuman Milo atau Koko. Penting untuk bekalan tenaga. Ingat anda kekurangan zat dan protein semasa perang. Anda juga terpaksa bekerja lebih semasa perang, dan minuman atau makanan ini membekalkan tenaga.
Ini merupakan senario basic berdasarkan pengalaman saya sendiri yang terpaksa memasuki zon bencana alam, zon peperangan dan situasi-situasi yang benar-benar menyusahkan. Untuk belajar menjadi seorang survival, anda boleh download manual-manual berguna termasuk situasi menghadapi serangan kimia dan nuklear pada alamat http://www.survivenuclearwar.com/literature.htm.
20.Jika musuh menakluki Kuala Lumpur, dan anda konon-kononnya pejuang “underground” macam Hezbollah. Sistem telefon GSM 019,016,014,012,017/Satelit membolehkan kedudukan anda dikesan dengan tepat. Gunakan sistem Atur 010 atau 011 (mana ada lagi ye takkk).
21.Sentiasa bergerak tundukkan kepala. Belajar untuk mengenal bunyi tembakan dan belajar untuk mengenalpasti bunyi peluru meriam 155mm (bunyi enjin pesawat pengebom biasanya dekat pada telinga terutama B-52, meriam 155mm bunyinya memekik kuat dan nyaring. Ini pengalaman saya sendiri yang naif, ketika B52 datang, semua orang berlari mancari perlindungan tetapi saya dan geng-geng terpacak mendongak ke langit untuk melihat B52 tersebut, macam kat pameran LIMA pulak).
22.Anda tidak akan mati jika ditembak kecuali pada zon-zon maut pada badan. Anda akan mati akibat kehilangan darah. Jadi cari jalan untuk hentikan pendarahan.
23.Apa-apa sahaja peluru melebihi saiz 7.62mm akan berjaya menembusi tempat perlindungan anda misalnya di sebalik kereta. Peluru Ak47 (raifel ini menggunakan peluru 7.62mmx39mm) mampu menembusi pintu sebelah pemandu dan keluar ke pintu sebelah tempat duduk pemandu. Senjata ini tepat sehingga ke jarak di antara 100 ke 200 meter, lebih dari itu, anda masih boleh menyelamatkan diri dengan berlari zig zag. M-16 tepat sehingga 200-400 meter, ia bagaimanapun mempunyai kuasa robekan yang tidak berapa kuat dengan peluru bersaiz 5.56mm.
24. Pistol-sangat tidak tepat dan saya pernah menyaksikan video di mana seorang anggota polis menembak penjenayah pada jarak kurang dari 50 meter tetapi satu pun tak kena walaupun tembakan yang dilepaskan melebihi 12 das. Ingat! Sasaran bergerak sangat sukat ditembak.
25.Belajarlah menembak untuk perlindungan dan mendapatkan makanan. Saya mempunyai sedikit pengalaman menggunakan raifel tempur dan pistol, untuk peserta PLKN sekarang, untung dapat belajar menembak.
26.Semasa aman ini, simpanlah sedikit duit untuk membeli manual. Saya mempunyai dua buku manual menarik yang berjudul “SAS Guide to Survive” dan “1001 Manual to do everything”.
27.Kalau sakit!!!!
.
A.Batuk kering–Minuman Koko (Serbuk Van Houten dalam Tin) dibancuh boleh menghilangkan batuk
B.Diabetes–boleh gunakan kapsul Gymnema&Fenugreek (dalam perang mana ada masa nak pi hospital cucuk insulin atau potong kaki yang kena gangren)
C.Kanser–gunakan daun durian belanda, keringkan dalam microwave oven, tumbuk jadi serbuk teh dan bancuh serta minum, daun ini mampu membunuh sel-sel kanser (dalam perang mana ada masa nak buat rawatan kimoterapi)
D.Sakit Jantung–Sebenarnya jantung kita ini kuat, bayangkan dia mampu pam darah dan menghasilkan tenaga elektrik. Seorang doktor yang pernah membuat autopsi ke atas 2,000 mayat yang saspek sakit jantung memberitahu bahawa dari ribuan kes itu, hanya empat orang sahaja yang sah jantung gagal berfungsi. 1996 mayat pula mati disebabkan kegagalan pembuluh darah.Jadi jadikan QUAKER OAT segera sebagai makanan ruji anda dan belajarlah mengenalpasti ubat-ubat yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah kerana ini merupakan basic kepada kesihatan sebenar.
28.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan membantu anda tetapi percayalah cakap saya, mereka hanya akan membekalkan anda sebotol ubat biru yang digunakan sebagai ubat luka dan Panadol sahaja untuk kesemua keperluan sakit anda (Ini saya saksikan sendiri) sedangkan ketika itu sakit yang paling popular semasa perang adalah ceret beret akibat kekurangan zat.
29.OK PBB mungkin dikuasai oleh Yahudi, sekali lagi percayalah cakap saya…mana-mana kumpulan perubatan atau NGO yang masuk, mereka ini hanya mampu membekalkan anda ubat-ubat yang sudah expired tarikhnya (Ini juga saya periksa sendiri). Jadi sebenarnya tidak ada sesiapa yang ikhlas membantu anda, semua menjalankan kerja untuk mendapat nama dan untung.
30.Masyarat dunia memahami anda. Percaya atau tidak, dunia akan membantu anda dengan membekalkan tepung untuk anda membuat roti canai kerana mereka menyangka kita sama seperti mereka yang menikmati “bread and butter”. Ini pengalaman saya sendiri apabila ada orang dari Malaysia yang membekalkan bertan-tan beras, Maggie dan ubat nyamuk untuk pelarian perang di Afghanistan. Mereka nak masak beras pun tak ghetiiiii…Tengok Maggie pun tak pernah, akhirnya ramai yang makan Maggie umpama kita makan snek ranggup MAMEE. nyamuk???? ada nyamuk ke kat Afhganistan HAHAHA

29.Untuk mendapatkan pandangan ala “Night Vision”, bila menjelang waktu Maghrib, fokus mata pada satu-satu benda untuk membolehkan anak mata anda memperbaiki bukaan kanta atau iris (ya ke iris??? fail sikit bab biologi ini). Ini akan membolehkan anda bergerak dengan pantas di hutan walaupun keadaan amat gelap gelita.
End...


sekian sahaja! wasalam, tankiuk.
Yang Cintakan Survival (eleleh),
Rafid Advefret

Wednesday, 22 June 2011

Bulan Koperasi-wafi

Assalamualaikum...








apa yang dimaksudkan dengan Bulan Koperasi?
adakah korang pernah dengar atau pernah dengar
tapi buat-buat tak tahu?terpulang kat korang nak tahu ke tidak..








apa yang dimaksudkan dengan Bulan Koperasi?
Bulan Koperasi adalah hari yang di nanti-nantikan oleh setiap
orang stident macam aku..kerana aku boleh beli apa saja
kat koperasi sekolah..







Bulan Koperasi ini juga telah menawarkan harga
yang jauh lebih murah dari hari-hari yang lain..
misal lah..harga baju sekolah harga RM12...
apabila ada Bulan Koperasi korang akan dapat discount
yang lebih murah dan juga berpatutan..




selain itu,korang juga akan dapat satu jemputan bertuah
bagi korang yang telah membeli barang melebihi RM10 di
koperasi sekolah...so,jagan lepaskan peluang korang
dengan membelanjakan duit korang kat koperasi sekolah korang..





bagi student macam aku ni,aku pun jarang sangat beli barang
kat koperasi sekolah...tapi,dengan adanya Bulan Koperasi ini
aku tak seberapa minat sangat nak beli barang dekat koperasi..
sebab malas aku yang buat aku malas nak singgah..
so,bagi korang yang rajin tu,singgahlah kat koperasi sekolah
korang dan beli apa-apa yang patut dibeli..




aku hanya beritahu saja....
ok geng!selamat menyambut hari koperasi.

Latihan Sukan Tahunan-wafi

Assalamualaikum..








hari ini aku nak bercerita sikit tentang minggu-minggu
yang paling sebok yang pernah banyak kali berlaku..
minggu ini merupakan minggu Latihan Rumah Sukan..
so,pagi-pagi lagi dah kena pergi sekolah...




selain dari Latihan Rumah Sukan..
minggu ini juga merupakan pemberitahuan markah peperiksaan...
so,minggu ini penuh dengan pembetulan yang melambak dan perlu buat
banyak jugalah yang salah...tapi result aku macam gitu juga lah...




balik kepada cerita sukan itu tadi..
aku ada juga masuk beberapa acara field and track..
kedua-dua acara itu adalah acara kegemaran aku..
so,aku buat yang terhabis baik...



tahun ini aku nak juga dinobatkan olahragawan sekolah..
insya Allah aku akan cuba..
tahun lepas kawan aku,tahun ini nak ambil balik gelaran dia..




sukan tahunan tahun ini aku harap lebih meriah
daripada tahun lepas..
ini adalah pengharapan semua murid sekolah aku..
lagi-lagi budak-budak tingkatan satu..
mereka semua masih asing bagi aku..





so,buat yang terbaik untuk diri korang dan juga pasukan korang..
aku hanya menanti kejayaan yang bernilai..
ok geng!bye!

Dengan Segala Usaha, Akhirnya... - Ad.

Assalam dan Hai...
terlabih dahulu saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua pembaca
kerana kini.. bilangan pembaca semakin
bertambah bertambah bertambah!!!
sobss sobss...


dan masa untuk menulis blog pula
semakin berkurangan...
ini kerana Hari Sukan hampir tiba...


apa kaitannya aku dengan Hari Sukan?


pertama aku masuk acara, 800 meter...
tapi tak dibuat sewaktu Hari Sukan..
gila apa nak buat 800 meter waktu
Hari Sukan... lama beb nanti!
jadi buat waktu saringan je lerr...


kedua... hehe..
aku jadi komander rumah sukan...
bangga memang bangga...
sebab itulah aku selalu busy...
latihan kawad dimulakan sejak 2 minggu lepas...
bermakna aku terpaksa melatih anak anak buah...


memang letih... kena kawad dari pagi
sampai petang... of course ada rehat...
tapi yang jadi masalahnya... formasi takde idea!


nasib baik pagi tadi.. cikgu rumah sukan latih kitorang...
SEKERAS KERASNYA....
siapa salah, bumping... tiada kompromi... lebih kurang lah...
cikgu kata, kita tak payah buat formasi...
tapi kita buat tabik hormat dengan gaya lain... cara lain...


sejak itu cikgu ajar kitorang... buat itu buat ini...
pastu modify, renovate, auto-correct..
sampai lah petang tadi, akhirnya.. menjadi juga...
sedih beb, terharu gila...


walaupun ada yang 'tidur' sewaktu kawad...
tapi berkat usaha aku menjadi komander...
berjaya juga.. cewahh.. takde lah...


dan esok, Khamis.. raptai.. dan Sabtu, Hari Sukan..
Harap Berjaya!






sekian, wasalam, tankiuk...



Yang Terharu,

Rafid Advefret

Saturday, 18 June 2011

Minggu Yang Betul Betul Sibuk. - Ad

Assalam, Yo!
kepada pembaca maaf sebab kebelakangan ni
takda post baru, jangan marah, bertenang, rileks..
meh aku ceritakan dulu...


aku tak dapat post entri baru sebelum ni sebab
aku betul betul sibuk kat sekolah...


yelahkan, hari sukan dah nak dekat...


aku kena command, masuk acara...
pastu aku kena ulang alik kat serata sekolah sebab
nak jumpa bebudak kawad ngan yang masuk acara...


bilik guru apatah lagi, aku rasa cikgu pon dah naik muak dah
dengan muka aku dengan Deen,
ye tak Deen oii~


dalam satu hari, paling banyak kitorang masuk keluar
bilik guru adalah sebanyak 7 kali tak silap...
memang letih gila!


itu baru waktu petang...


waktu pagi pulak...


dalam seminggu ni aku 2 kali pegi sekolah
pada waktu pagi...
nak berlatih kawad lah katakan...
memang susah nak recall balik
apa yang kitorang belajar kawad time sebelum cuti dulu..
seb baik aku ajar gila gila kalau tak memang
tak cantik lah nanti kawadnya...


Kesimpulannya, aku akan tertidur awal... memang awal gila.. pukul 9 malam..
banngganya aku!


sekian, wasalam, tankiuk.

Yang Kesibukan,

Rafid Advefret


p/s: aku sekolah sesi petang derr....

Wednesday, 15 June 2011

cerita lepas di blog-wafi

Assalamualaikum







aku mula manaip blog dan membuat blog ni pada bulan march
yang lepas...so,first time buat blog memang tak tahu dan membuat
post baru juga aku tidak tahu...post pertama yang aku buat
bertajuk'hari pertama di MSSD Batu Pahat'ini adalah post pertama aku
bagi bulan march..dan post kedua pula bergitu juga...sama seperti post pertama.
post ketiga begitu juga...
seterusnya..aku mula faham tentang blog...dan aku mula menambah post yang banyak.
dekat bawah ni..aku sertakan post-post yang aku buat sepanjang bulan march..




http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/03/hari-pertama-di-mssd-batu-pahat-part-1.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/03/hari-kedua-di-mssd-batu-pahatpart-2.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/03/hari-terakhir-di-mssd-batu-pahatpart-3.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/03/kenalan-dari-facebook-wafi.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/03/permintaan-dia-wafi.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/03/vandalisme-ada-di-mana-mana-wafi.html




bagi bulan april pula..aku ada bercerita tentang berakhirnya sukan MSSD..
dan juga kursus pengawas...seterusnya aku berjiwang dan menaip
post yang berjiwakan orang-orang bujang...didalam post ni
aku sugguh kecewa dengan bekas ex aku...dan aku pun buat post tentang dia..
post seterusnya pula,aku minat sangat dengan soundtrack twilight..
lagunya menusuk hati..kalau korang dengar mesti suka jugak..
dan,post yang aku nak cerita ni aku buat time hujan-hujan..
dan,bagi korang jugalah..kalau hujan semua benda mesti korang tak dapat buat bukan?
so,bagi mengakhiri blog pada bulan april ni..aku ada post tentang hari pekerja..
hari pekerja ni aku duduk kat rumah dan buat blog pada hati tu juga..
kat bawah ni ada post yang aku cerita kat atas ni..




http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/03/sudah-seminggu-wafi.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/04/kursus-meps-q-wafi.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/04/kursus-pengawas-di-ulu-tiram-johor-wafi.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/04/sampai-hati-wafi.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/04/twilight-soundtrack-wafi.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/04/hujan-wafi.html
http://kauceritaapasajakatblogni.blogspot.com/2011/04/hari-pekerja-wafi.html



sampai disini saja post aku kali ini..
lain masa dan waktu aku sambung lagi...
ok geng!!bye!!

Monday, 13 June 2011

Wah! Sekolah~ - Ad.

Assalammmm, yo~


apa khabar? sihat.. baguss..
aku okay jaa... dah lama tak post ssomething nih..
dan hari ni aku nak cerita sikit..


sekolah tadi.. emang seronok..
yelahkan.. dah cuti 2 minggu nih..
hari hari kebosanan...
tapi bila dah sekolah ni...
cam best pulak...


dengan cikgu pon dah habis cuti bersalin..
cikgu dah balik..
esok ada sesi tangkap gambar pulak...
tidak malang bagi aku tapi..
malang bagi Azizi.. sian dia..
stail rambut dia tak secantik dulu..


dann..


dengan sekolah aku dapat jugak idea nak tulis something..
idea nak design blog...
dan sebagainya...
simpul simpul memang aku suka sekolah lah..
tapi satu benda yang tak suka.. heh.. kerja sekolah..
pantang! tapi dapat siap juga..


sampai disini saja sebab aku nak check
aku punya notification facebook aku nih...
sehingga bertemu lagi!




sekian, wasalam, tankiuk!



Yang Kekurengen Idea,

Rafid Advefret

Sunday, 12 June 2011

hujan kelmarin-wafi




kemarin ku dengar kau ucap kata cinta
seolah dunia bagai di musim semi


kau datang padaku membawa luka lama
ku tak ingin salah semua seperti dulu
reff:


tak ingin lagi rasanya ku bercinta
setelah ku rasa perih
kegagalan ini membuatku tak berdaya



tak dapat lagi rasanya ku tersenyum
setelah kau tinggal pergi
biarkan ku sendiri tanpa hadirmu kini lagi
repeat reff
biar ku sendiri tanpa hadirmu kini lagi
hujan kemarin











lirik lagu ni mengigatkan aku kat someone...
yang dah pergi jauh dari hidup aku..
so, korang baca dah fahamkan apa yang lirik ini sampaikan..












ok geng!!bye!

Saturday, 11 June 2011

the various of food-wafi

assalamualaikum...





cakap tentang makanan ni,semua orang mesti
pernah makan yang macam-macam..
tak kira lah makanan tu apa..
tapi yang lebih arif tentang makanan ni pun mudah
terjebak dengan variasi yang makin berkembang..





hari ini aku bukan nak bercerita tentang perubahan..
tapi aku nak bercerita tentang Sifat manusia yang sangat
suka makan pelbagai jenis makanan...





aku pelik melihat segelintir masyarakat kita bebas
makan apa saja yang ada di depan mereka...
tapi,kemungkinan besar mereka tidak memperdulikan
kesihatan mereka...malahan mereka suka memilih makanan
yang berkolestrol dan manis...




adakah mereka tahu apa akibatnya mereka kerap
makan makanan yang berkolestrol tinggi dan manis?
bagi mereka yang obesiti atau kegemukan...
mereka mungkin kerap mengambil makanan yang berkolestrol
tinggi untuk memberi tenaga kepada mereka...tapi,akibat yang akan
menimpa mereka itu akan lebih menyusahkan diri mereka ..
selain itu,mereka juga akan menerima pelbagai penyakit
yang menyebabkan mereka susah hendak bernafas dan susah
hendak melakukan aktiviti yang berasaskan berat badan mereka..




bagi sesetengah orang yang suka makan makanan yang manis..
mereka juga akan terima impak yang sama..
antaranya ialah..mereka akan menerima penyakit
kencing manis dan juga penyakit-penyakit yang sama waktu denganya..





walhal,jauhilah daripada makan makanan yang
manis-manis dan berkolestrol tinggi...
dan kurangkan pengambilan makanan yang berlemak..
terlebih ambil badan anda akan menjadi bulat seperti roti bun
yang masih panas dimasak..





jadi,amalkan gaya hidup yang sihat dan amalkan pemakanan
yang seimbang mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan..
so,anda boleh melakukannya...








ok geng! bye!
p/s rafid tak ada cerita ke?

Friday, 10 June 2011

tuah hari jumaat-wafi

assalamualaikum...



jumaat...
macam biasa hari jumaat..
setiap pagi buat perkara yang sama setiap hari jumaat..
with my fixie...and ride it around my kampung..haha...



kayuhan kali ni bertambah laju...
sebab tadi kena kejar anjing..
anjing tu buat spoil lah sebok je nak kejar orang!


tadi lepas kena kejar anjing...
aku nampak saudara-saudara anjing yang kejar aku tu
mati kena lenyek dengan apa tah...hancur begitu saja..


konklusinya
jangan cari pasal dengan aku
nanti korang akan jadi macam anjing tu nanti..
haha!joke saja lah..
tapi kan..
ada juga orang kata macam tu betul-betul terjadi..
tak tahulah betul ke tak...


after that..
aku balik rumah dengan kaki yang lengguh dan sakit...
aku pelik sebab beza sangat dengan kayuh basikal
dengan joging..
sebab apa?sebab kayuh basikal ni kurang berpeluh daripada
joging lebih banyak berpeluh...



berpeluh kurang tapi kaki yang sakit..
apa-apa pun....dua,dua senaman ini paling OWESOME bagi aku!



petang ni aku ada aktiviti lain..
yang mungkin lebih OWESOME lagi?
agaknya lah...aku nak plan petang ni
join dengan member,member aku cover with guitar...
nyanyi sama-sama...insya-Allah...


ok geng!!enjoy read!!

Good For Ya! - Ad.

Yo, wassup, Assalam!


dah lama tak post baru and now, aku rasa nak post baru,


korang nih duduk berjam jam tak rasa letih ke?
tak rasa lenguh ke?
so meh lah kita senam sikit, steps dia kali ni bukan dalam tulisan,
tapi dalam gambar rajah,


Hayatilah...
Ikutilah...
Amalkanlah...




*klik untuk tumbesaran sempurna!*



dah buat rasa lega tak?
HUAARGHHH!!!
aku rasa lega gila, sampai 10 kali bunyi krak krak..
bunyi krak krak orang panggil apa ek?

sebelum korang tutup tab.. lek lu... meh nengok ni..



*klik untuk tumbesaran sempurna!*


hehe, sedap tak tengkuk?
kalau nak amik gambar nih, amik ar, aku pon main cilok jer..


sekian, wasalam, tankiuk!




Yang Mengajak Anda Bersenam,

Rafid Advefret

same activity-wafi

assalamualaikum...





tadi pagi bangun tidur aku terus capai tuala dekat kerusi
bilik dan terus mandi..
perhh!!sejuk betul air pagi-pagi ni...



then lepas mandi dah siap apa semua
aku terus keluar naik fixie pergi ronda-ronda kampung..
best pulak naik fixie sorang-sorang...



lepas balik pusing-pusing kampung..
aku makan sarapan...
bolehlah tahan sedapnya...




lepas sarapan...
aku tunggu member aku datang rumah..
mereka tak ada rumah so,datang lah rumah aku..
tak ada lah...
diorang datang rumah aku main gitar kat sini...



diorang superb owesome main gitar..
seorang nyanyi dua orang cover gitar..
best-best!!



petangnya pula...
aku teruskan lagi aktiviti petang dengan main futsal..
main sekejap je...bola budak pancit dan bocor..haha
bukan aku yang bocorkan..memang dah bocor nak buat macam mana..



selepas main futsal..
aktiviti aku teruskan lagi dengan bola sepak pula...
member-member bola tak ramai...tapi main bola sampai magrib..
balik rumah dah pukul tujuh petang...
balik rumah terasa lapar pulak...
melantak dululah sebelum mandi...

dah mandi apa semua terus bukan facebook,twitter dan blog
samapi sekarang tak berhenti lagi ni...



esok jumaat...hari yang dinanti-nantikan setiap orang islam
untuk menunaikan fardhu jumaat..
esok aku akan buat entry lagi tuk hari jumaat....
jangan lupa visit blog ni lagi ok!!bye!

Wednesday, 8 June 2011

blog menakutkan-wafi

Assalamualaikum..
up the hands yo!!


tadi,aku baru saja tngok blog yang paling
ngeri yang pernah aku tengok banyak kali...






tapi kali ni blog ni dah upgrade
kepada blog official blog..





nak tahu blog apa yang aku tengok?
tengok kat bawah ni..
aku sertakan link dia..


















http://kari-ngeri.com/




























layan lah website kat atas...
ni memang buat korang terkejut separuh tak mati-mati..
ni je kut yang boleh aku kasi...
nak tahu yang lain carilah sendiri ok!




ok geng!
selamat membaca!!















Tuesday, 7 June 2011

Penat Seyh! - Ad.

Yo! Salammmm!
sorry sebab tak post sebab aku penat, dan sibuk..
seperti apa yang Wapi kata, kitorang merewang,
aku design blog, memacam lagi, 


dari hari jumaat duduk kampung.. laptop, internet memang ada,
tapi masalahnya sedang membuat kerja yang unlimited!
terima kasih kepada semua yang terlibat! terima kasih manyak manyak!
tanpa semua, kenduri takkan terjadi..


nak tengok photo kenduri tak? nanti lah~


esok balik Gedangsa pulak, nak berkebun,
kebun ayah tak terusik, takda masa kott,
esok aku akan kerahkan kesemua tenaga aku untuk berkebun,


dan aku takkan dapat post untuk esok rasanya,


dan maaf kerana tak buat vlog!
kitorang tak berkesempatan!
huhu.. itu saja untuk post kali ini,


sekian, tankiuk, wasalam!






Yang Kepenatan,


Rafid Advefret

never came back-wafi

Assalamualaikum..
up the hands yo!!



what's the topic say?



hari ini merupakan hari paling sedih buat aku..
mengingat balik kenangan silam dengan dia...
paling perit nak lupakan...



aku sebak pikirkannya kembali...
aku sabar dengan dugaannya..
aku tabah menghadapinya...



tapi apa yang aku buat semua tu
tak membuahkan hasil...
makin ingat,makin sukar hendak melupakan..



aku pengang janji aku kat dia...
tapi semua tu janji palsu yang dia dah buat kat aku..
aku tak lengkap tanpa dia...
walaupun dia dah tipu aku...
aku tetap sabar..


aku tahu,dia tak akan kembali lagi kat aku..
aku tahu dia tak suka kat aku...
tapi aku dah pegang janji aku kat dia....
aku tak akan lupakan dia dan selalu ingatkan dia..



walauapa pun...
thnx visit dan sudi baca...


end of the story here...
fullstop!


terima kasih semua-wafi

Asslamualaikum..
up the hands yo!!

hey,hey,hey!


apa khabar saudara,saudari diluar sana??
harap sihat-sihat selalu...

fuhh!!
dah lama juga tak buat entry baru...
kali ini entry yang aku nak buat
berbeza sikit kut..

aimaklumlah lepas kenduri kawin kat rumah aku ni,,
tak ada langsung time nak buat entry baru..

balik kepada tajuk kat atas tu...
aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kat
reader-reader yang sudi baca blog aku yang tak seberapa
cantik blog korang...

terima ksaih juga kat rafid adverfret yang hias blog ni
jadi hiruk pikuk..
tak tahulah macam mana nak cakap kat dia...
by the way...terima kasih...

aku juga nak cakap terima kasih kat
orang-orang kampung yang sudi
rewang kat rumah aku ni...
walaupun diorang tak tahu menahu blog aku ni...
terima kasih bebanyak!

dan lagi satu...
terima kasih juga kat sedara-sedara
yang jauh datang kat rumah aku ni...
maaf tak sempat nak layan kerana terlampau sebok..
dan juga maaf kerana tak sempat nak jumpa!
harap tak marah ya!

ok geng!!
bye!

Thursday, 2 June 2011

Mencari Arah-wafi

Assalamualaikum...
up the hands yo!!


hey,hey,hey!
korang,korang,korang!


apa khabar korang?
sihat?kalau sihat korang memang OWESOME!!






hariniakunakceritasikittentangarah
faham?kalau faham korang memang OWESOME!





arah?apa kena mengena arah dengan entry kali ni?
ya!memang ada kena mengena!untuk apa?
untuk korang mencari blog aku ni lah...
atau pun tempat korang yang nak tuju...




orang dulu-dulu kata...
nak cari arah guna arah angin?
logik ke?
ya!memang logik..nak tahu apa sebab guna angin?
korang boleh cuba sendiri kat rumah...
korang cuba koyak-koyak daun..
then,korang lepaskan satu persatu daun yang korang koyak tadi..
then cuba perhatikan arah mana daun tu jatuh...





lagi,
cuba korang pergi ke luar rumah..
tak payah jauh-jauh...agak-agak 4 langkah je dah cukup..
kali ni bukan petunjuk angin pulak...kali ni petunjuk
langit...apa ada pada langit?bintang kan?
ya!sudah tentu!bintang adalah satu daripada pentunjuk arah yang paling
besar kat alam ini....bintang juga menjadi arah kepada
pelayar-pelayar kapal untuk cari arah yang mereka nak tuju...





so,bagi korang arah itu adalah penting tuk kita cari
tempat yang kita nak cari tu...arah adalah segala-galanya tuk kita
tuk cari arah kiblat dan tak juga arah mata angin..



aku hanya mencerita saja...terpulang kepada
korang sendiri macam mana..
ok geng!!bye!

p/s aku dah bagi arah yang salah kat member sebabtu aku buat
     entry macam ni...hehe  sori brader!!