Friday, 30 September 2011

Just A Short Post. - Ad

before reading this make sure that the background music is Panik - Bunkface...



Hai, Assalamualaikum...
Apa khabar? Sihat? dah makan?

amacam awek sihat?

kalau yang macam sorang tu, awek dia lari~

so, kesian kan lah dia..

salah dia juga, pilih awek tak betul,
kena cari yang comel, cantik, pandai, macam aku punya,
jangan cari perempuan yang kaki lelaki...
dah cerai nak kawin balik, batak namanya tu..

and jangan cari perempuan yang suka Bahasa Eeeww...

( thanks Anwar Hadi for bagi nama bahasa tu.. :D )

perempuan macam tu suka merosakkan bahasa kita..
perempuan tu juga lah yang suka menggedik sana sini...
eishh! geli ketiak aku...

carilah perempuan yang cantik pertuturannya..
baik budi perketinya... again, macam aku punya..

and that's all for this time, see ya next time yaww!

sekian, wasalam, tankiuk!


To Those Who Are Heartbroken by His Girlfriend(s),

Sincerly

Rafid Advefret...



Thursday, 29 September 2011

Good Bye!-wafi

Good Bye to someone who broke down my heart!!
thanks for everything!!

this is my last post..
if you really love me..
thank you..
if you don't love me thank you..
but,don't be dissapointed when i never seen
in fb in 24 hour..
this is the best way if you want from me rite?
sms me when you need and
sms me when you read my last post..
remember,pray to me when i not here again..




take care!

Tuesday, 27 September 2011

Doa Panjang Jodoh-wafi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah…
Penggerak gerakan Islamiyah…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menagkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku…
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu…
Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…

Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen

You,Awak-wafi

You were there to light my day,
You were there to guide me throught,
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can i forget all that,
When you're the one who make me smile
You always be a part of me,
How i wish you were still mine

Never will forget the day,
How we've met and came this far,
We all know we got this feeling,
But somehow it has to end up here

I know it's me who said goodbye,
And that's the hardest thing to do,
Couse you mean so much to me,
And guide the truth from me to you

For all the thing i've done and said,
For all the hurt that i've coused you,
I hope you will forgive me baby,
Couse that wasn't what i mean to do

You were there to light my day,
You were there to guide me throught,
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can i forget all that,
When you're the one who make me smile
You always be a part of me,
How i wish you were still mine

For all the thing i've done and said,
For allthe hurt that i've coused you,
I hope you will forgive me baby,
Couse that wasn't what i mean to do

You were there to light my day,
You were there to guide me throught,
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can i forget all that,
When you're the one who make me smile
You always be a part of me,
How i wish you were still mine




for my love!
i know you love this song very much!
but,don't leave me far away from your heart..
i promise!i will love you and make you happy!




Thursday, 22 September 2011

Jiwang Di Sekolah! -wafi

Assalamualaikum,peace upon you and me and 
all my lovely viewer thanks visit my blog!



*sekadar hiasan*
                                                             




21 september dekat sekolah aku ada buat hari sambutan kemerdekaan..
pagi-pagi lagi dah bangun kena pergi sekolah awal..
pada awalnya malas nak bangun pagi-pagi..tak tahu lah kenapa..tapi dengan
sebab nak sambut merdeka kat sekolah sanggup bangun awal tuk pergi sekolah
apa lagi kan..



sehari sebelum sambutan,cikgu ada pesan kat budak-budak..alah,kira macam
promote kat budak-budak siapa yang nak buat persembahan jumpa cikgu..
so,aku jumpa lah cikgu..dah jumpa cikgu,cikgu tanya nak buat persembahan apa..
aku cakap,macam biasa cikgu,cikgu pun dah faham sangat apa yang ada kat dalam
kepala otak aku ni..




malam tu aku dah siap-siap prepare gitar apa semua untuk esok..
semua complete lah senang cakap!
lepas ada sambutan kemerdekaan,sambung lagi dengan sambutan hari raya
dengan majlis perpisahan cikgu GPK Petang..
masa sambutan hari raya tu lah aku nyanyi..haha..
bukan masa sambutan hari kemerdekaan yek..




masa kat atas pentas,mulalah lutut nak goyang-goyang..
macam tak biasa pulak...
sekejap je lutut goyang-goyang..lepas tu ok balik dah..
tapi paling best budak-budak enjoy aku punya persembahan..
buat pertama kali aku dapat tepukkan gemuruh dari kawan-kawan..(cewah!)
nyanyi tak seberapa pun..tapi dapat 'the best clapping hand' doe!!haha




so,apa yang aku tujukan,dan apa yang aku luahkan
itu adalah ikhlas dari hati..so,korang kalau ada tengok persembahan aku..
itu adalah ikhlas yek!ramai cikgu pun ada puji...terima kasih yer cikgu puji saya!!





so,keluarkan bakat korang dari segi apa sekali pun..
munkin dapat rezeki boleh pergi jauh..insyaAllah..



pesanan:selamat mencuba!good try!and bye!

Wednesday, 21 September 2011

Because of Drugs, Legend Died. - Ad

Assalamualaikum... dan Selamat Sejahtera...
tak sangka hari ni aku tetiba rajin pulak nak menulis..
biasanya.. Sabtu Ahad baru nak tulis..
itupun dah sebab blog separuh berkulat..

 nevermind...

 disebabkan Wafi dah beli gitar baru..
jadi aku pun bayangkan..
Wafi ni top guitarist of all time.. (cousin baik)
 jadi aku pun tergerak hati nak cari siapa top guitarist waktu ni..
aku pun jumpa..
dan cuba teka..

siapa top guitarist?


Slash?


Carlos Santana?





Brian May?





 atau Joe Satriani?




Jawapannya..



Jimi Hendrix... The Number 1


Jimi Hendrix... lahir pada 27 November 1942... seorang yang pernah ditangkap memandu kereta curi.. diberi dua pilihan: 2 tahun penjara atau masuk tentera... oleh kerana beliau tidak melaksanakan tugas dengan baik, tidur ketiga bertugas dan sebagainya, beliau kemudian dipenjara 1 tahun sahaja instead 2 tahun... selepas bersara daripada menjadi tentera... beliau pun jadi guitarist.. nak cerita pasal dia jadi guitarist susah.. panjang..

Let's skip!

18 September 1970.. beliau ditemui mati di London... Dannemann, girlfriend beliau memberi keterangan bahawa selepas balik daripada berparti petang sebelumnya, beliau telah mengambil 9 biji Vesparax, pil tidur...

Konklusi, beliau mati sebab dadah.. overdos.. mungkin sebab tekanan perasaan...

so, korang.. sebagai manusia ni jangan sekali kali terpikir pun nak ambik dadah.. legend legnd mana pun.. kalau dah overdos.. padah!

sekian, wasalam, tankiuk!


Yang Mengambil Iktibar,

Rafid Advefret

p/s: kalau nak cerita penuh, tengok Wiki!

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Jimi_Hendrix#Early_life
gambar: Google Images

Bahasa Melambangkan Bangsa-wafi

Saya tidak tahu bagaimana hendak menzahirkan apa yang saya maksudkan pembaharuan politik tanahair seperti yang saya nyatakan banyak kali. Politik ditanahair kita hanya tertumpu kepada mendapatkan atau mempertahankan pengaruh sahaja. Didalam usaha untuk mendapatkan pengaruh atau untuk mengekalkan pengaruh serta kuasa pihak yang bertentangan sentiasa berkelahi dan yang lebih menyedihkan penyokong-penyokong sesuatu puak itu pula membidas dan menghina puak yang tidak disukai mereka dengan panggilan nama-nama yang kotor dan menjijikan. Ada pihak yang memanggil pemimpin dengan panggilan beruk, syaitan, babi, anjng dan berbagai superlatif yang tidak melambangkan sebagai seorang yang mempunyai temaddun dan seolah-olah tidak pernah mendapat pendidikan dari ibu dan bapa mereka. Kita hairan dengan sikap manusia yang begini dan saya tidak tahu apa yang ada didalam pemikiran serta naluri mereka apabila memanggil seseorang itu dengan panggilan yang hina itu. Ini merupakan sikap buruk yang tidak dapat di ‘comprehend’ oleh manusia yang bertemadun. Tidak semua orang bersetuju dengan semua orang dan tentu ada perbezaan pendapat dan idologi dan tidak ada masalah untuk berbahas dan berdebat. Tetapi jika untuk menunjukkan kebenaran kita mana-mana temaddun pun tidak boleh menerima seseorang tergamak memanggil orang yang berbeza dengan kita dengan babi, anjing, celaka, pembawa ajaran sesat, sial, anak haram, haram jadah dan berbagai-bagai lagi panggilan yang menghina. Malahan ada pihak yang mempersoalkan anak si anu itu anak haram dan menuduh berdasarkan kepada kebencian politik semata-mata. Saya sendiri memandang setengah pemimpin itu tidak bermoral dan saya selalu mengkritik mereka didalam tulisan saya. Tetapi saya tidak pernah menggunakan bahasa kesat seperti babi, anjing, anak haram, haram jadah, penzina dan sebagainya didalam tulisan saya. Saya hanya menumpukan kepada dasar-dasar dan moral politik dan tidak pernah memainkan isu peribadi seseorang itu secara terbuka didalam tulisan dan artikel yang saya tulis. Sesekali saya imbas juga tulisan penulis-penulis politik dan sosial yang ada dihadapan saya. Saya amat kecewa dan sedih melihat keadaan ini sudah menjadi budaya dalam alam cyber kita. Sikap dan perangai mereka ini amat memalukan dan saya hairan kenapa mereka tidak malu kepada diri mereka sendiri? Saya banyak tidak bersetuju dengan dasar-dasar pentadbiran Dr Mahathir, tetapi saya tidak muatkan dalam tulisan saya dengan panggilan yang menhina beliau. Tidak pernah saya panggil Dr Mahathir dengan panggilan mamak atau orang tua kutuk misalnya serti yang dilakukan oleh setengah orang. Saya hanya memusatkan kritikan saya terhadap dasar pentadbiran beliau yang saya anggap tidak telus yang berkai dengan ketirisan dalam kerajaan pimpinan beliau. Saya ingin menyeru kepada sesiapa yang menjadi rakan atau yang memilih untuk menjadikan saya seorang musuh mereka supaya kita paparkan kematangan kita dan ketemaddunan kita semua. Kritiklah sebanyak mana sekali pun tetapi jangan jadikan ‘name calling’ sebagai budaya kita kerana akhirnya ianya akan melambangkan nilai serta tahap ketemadunan kita. Kita boleh memarahi sesiapa dengan menggunakan kata-kata yang pedas tetapi jauhilah dari memanggil seseorang dengan panggilan seperti beruk, beruang, bangkai, najis dan apa-apa panggilan yang tidak melambangkan kita sebagai manusia yang Tuhan jadikan sebagai secanti-cantik kejadianNya (surah AT-TIN). Seseorang itu mungkin membenci perangai mereka atau tidak mahu menyokong pihak yang kita sokong, tetapi kita masih tidak boleh membabikan atau menghina manusia yang secantik-cantik kejadian tuhan ini. Saya menyentuh hal ini kerana budaya ini sudah menjadi sebati dikalangan setengah yang bercakap tentang politik dan saya khuatir satu hari nanti kita akan hilang identiti kita buat selama-lamanya. Hilangnya sesuatu bangsa itu dimuka bumi ini bermula dari kehilangan identitinya. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan identitinya yang tersendiri. Melayu beridentitikan budaya yang lemah lembut dan beradap serta beradat. Jika adab dan adat ini sudah hilang maka hilanglah bangsa kita itu. Bukankah ‘bahasa itu melambangkan budaya dan bangsa kita’ atau pun ‘bahasa itu jiwa bangsa’? Orang Melayu tulin selalunya menggunakan bahasa yang pedas dan sindiran yang pedih jika memarahi pihak yang kita tidak suka, tetapi jika kita menggunakan bahasa kesat untuk tidak bersetuju maka kita bertanggunjawab jika bangsa kita hilang dibumi ini. Tidak akan ada maknanya kita mengaku yang kita adalah bangsa yang sedang menempa kemajuan jika kita menggunakan bahasa kotor yang menjijikkan yang digunakan oleh manusia zaman batu itu. Tahap ketemadunan kita boleh dinilai dari bahasa yang kita gunakan dalam berinteraksi sesama manusia. Kalau kita tidak merasa malu kepada orang lain, setidak-tidaknya malulah kepada diri kita sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengata sesiapa yang spesifik tetapi saya tujukan pandangan ini kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri. Siapa yang makan cili mereka tak payahlah menunjukan rasa pedasnya. Pujuklah diri kita sendiri untuk menjaga status kita yang diberi Tuhan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Buatlah seruan dengan bahasa yang lembut atau pedas sekali pun, tetapi jangan memanggil manusia yang berbentuk mim ha mim dal ini dengan nama yang jelek dan kotor. Ia akan hanya melambangkan keperibadian kita sendiri. ohh panjangnya aku copy..

New Guitar-wafi

Assalamualaikum dan bersama wafi disini untuk bercerita..
nampak gambar yang kat atas tu? apa tu?hah!ini lah gitar baru aku.. tak secantik mana dan tak selawa mana.. itu saja nak kongsi bersama.. sikit saja sebab tak ada cerita tentang gitar baru ni.. guitar owner's, wafi

Tuesday, 20 September 2011

Hobi Boleh Buat Duit-wafi

Assalamualaikum dan aku kembali lagi!!







ada apa dengan hobi?
hobi?tak pernah dengar memang korang semua kuno!
masing-masing mesti ada hobi yang berbeza kan?




hobi korang mesti menakjubkan kan?
tak macam segelintir orang yang buat hobinya sebagai
mainan juga..ada juga siapa cakap tak ada..




dan ada juga orang buat hobi beliau sebagai keuntungan..
siapa cakap hobi tak boleh menghasilkan keuntungan?


contohnya..korang pandai buat kek dan roti..
korang buat hanya suka-suka
lepas tu ada orang cakap kek dan roti
korang sedap..tak sia-sia hobi korang boleh pergi jauh lagi..
tak salah buat hobi tu sebagai duit tambahan..




bagi orang yang suka mengambil gambar..
dan gambar itu diletakkan didalam laman sesawang..
dan ada orang kata gambar korang cantik..korang
boleh meneruskan hobi korang tu sebagai permulaan untuk
maju selangkah lagi kehadapan..
dengan tangkap gambar saja korang berpeluang
untuk pergi jauh lagi..tak pun korang belajar asas
dan mulakan kerjaya sebagai wedding photographer..
ini juga boleh menambah duit poket korang sendiri dengan
tangkap gambar saja..tak mustahil korang dapat buat..
tapi dengan niat dan doa dan usaha korang sendiri munkin
dapat membuahkan hasil?manalah tahu..





so,tak kira hobi korang tu berfaedah atau pun tidak
korang mestilah niat dalam hati semoga apa yang korang buat tu
diredhai Allah ok!




luv taking picture very much!!


Monday, 19 September 2011

First-Time 1 Million! - Ad

"Chrono Miner Reporting For Duty!"-Chrono Miner


Yo! Assalamualaikum, dan Hai..
Selamat Sejahtera dan Selamat Gitar Baru untuk.. ehemm...

@WafiNazrin !!! follow him on twitter.. now.. for what? nothing..

nevermind.. seperti yang korang tau.. aku ni peminat tegar Red Alert.
jadi dah tentu tentu aku main kan.. tapi ini kali pertama aku dapat capai target aku..

kalau macam sorang tuh.. yang kena mention tadi tu.. target dia sukses..
iaitu gitar baru.. kalau aku pelik sikit..

so kalau korang nak gelak, sila.. seab bila aku tengok ni pon aku tergelak..

aku punya target = dapat 1 juta credit dalam Red Alert 2 - Yuri's Revenge.
siapa kenal game ni maka dia peminat C&C yang tegar!

memang susah woo.. kalau dah kena tolak banyak duit sebab..

buat bangunan, buat unit, upgrade technology.. macam macam lah..
sebab resource dalam game ni selalunya tak pernah bleh dicapai sejuta..

tapi kali ni.. dalam map yang betul, strategy yang betul.. aku dapat 1 juta..

screenshot? nah...








*klik untuk tumbesaran sempurna!*

banyak gila jewel!

*klik untuk tumbesaran sempurna!*

banyak gila Chrono Miner!

*klik untuk tumbesaran sempurna!*

Akhirnya! sikit sikit lama lama jadi bukit!

*klik untuk tumbesaran sempurna!*

Then dapat ni! Soviet MCV dan Yuri's MCV i'm Allied!

*klik untuk tumbesaran sempurna!*

HAHA! terel tak? of course AI, kalau orang dah lama surrender.


*klik untuk tumbesaran sempurna!*

duit banyak jadi boleh lah test semua sekali serentak!


dah itu je, 

sekian, wasalam, tankiuk!



Yang Taksub dengan 1 Juta Dia,

Rafid Advefret

Monday, 12 September 2011

Perpisahan ini-wafi




Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu



Arti untuk semua pembaca blog aku..
terima kasih..



Sunday, 11 September 2011

Dalam Enjin Ada Minyak Masak. - Ad

Yaoyao! Assalamualaikum, Selamat Sejahtera..


Amacam raya? best?


*raya sudah habis bro..*


taulah seminggu raya dah habis, tapi bukan ke kita dalam bulan Syawal lagi?
Haaaa... best tak pergi balik kampung?


mesti best kan, tapi aku.. tak best gila.. yelahkan.. dah lah aku dah lama tak naik kereta..
aku pergi sekolah jalan kaki jer..


= mabuk jalan.


memang mual gila.. 


Second.


kereta tu, dekat depan.. lambat gila!


ni yang nak Story nih!




Bab 31: Dalam Enjin Ada Minyak Masak.


Sedang Laksamana tengah menahan kencing, terpampang di bahu jalan..


"R&R - 12 km"


errggghhh! dah tak tahan dah ni.. 
berdesup kereta memecut di jalan raya.
lalu..


100 km/h , 90 km/h , 80 km/h, 70 km/h .


adeh, kenapa ni?
rupanya kereta depan lambat..
ke main lagi ye.. orang tengah dalam kesusahan.. dia boleh lagi..
makan angin.. haiyoo..


Kat depan kereta lambat, kat kanan pulak banyak kereta memecut..
takde peluang langsung nak memecut ke R&R ..


then,


'purrrrr' perut kosong pulak.. adeh.. double trouble..!


dengan Izin Tuhan, lorong kanan takde kereta..


Yessssssssssss!


70 km/h , 80 km/h , 90 km/h , 10 km/h .


berapa minit kemudian, sampai juga kat R&R..
tapi tak jadi nak buang air..

-____________-


"buat penat jer tahan."


HAHA!


so, pengajaran?


bawak kereta biarlah berpada, di jalan kampung perlahan, di highway laju.
janganlah sampai di jalan kampung laju, di highway perlahan.


sampai di sini sahaja.


sekian, wasalam, tankiuk!




Yang Bercerita Dongeng,


Rafid Advefret


p/s: apa guna kereta yang boleh sampai 250 km/h kalau had laju hanyalah 110 km/h? #LOL

Monday, 5 September 2011

Seminggu beraya-wafi




Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dan Assalamualaikum.





sudah lama tak buat post baru...aimaklumlah
seminggu sebelum nak raya banyak kerja nak buat dekat rumah..
tak sabar nak raya punya pasal kena kemas rumah sampai hari raya
datang..




korang macam mana pula?best raya?banyak duit raya yang korang dah dapat?
mesti berkepuk-kepuk kan?
macam mana persiapan korang seminggu sebelum raya?
penat kemas rumah?penat mop lantai rumah?penat lap tingkap rumah?
senang kata korang bersihkan satu rumah..buat tak semua tu?
kalau korang buat memang korang superb macam aku!haha






raya kali ini ramai saudara mara korang balik kampung?
mesti ramai dan meriah kan?mesti korang dapat duit raya lebih dari 
saudara mara korang kan?mesti lah dapat kan..
hari raya pertama mesti korang duduk kat rumah je kan?
tunggu orang datang rumah atau korang jadi maid kat rumah tolong basuh
pinggan magkuk?kalau korang ada buat macam tu korang memang 
tak berat tulang tolong mak korang sendiri..





raya sebulan,tapi raya kali ini aku macam tak percaya je dah raya,,
tapi aku boleh terima hakikat sebab dah raya dah pun..
tapi sedih lah kat member-member yang duduk kat hostel..
seminggu je beraya dengan family lepas tu balik hostel lagi..
tapi apakah daya diorang...sanggup balik hostel demi nak belajar
sama-sama dengan kawan-kawan..





bagi yang musafir tengah jalan..seperti pemandu lori,pemandu bas
dan lain-lain lagi...mereka sanggup tinggalkan anak-anak mereka demi
mencari rezeki di bulan syawal ni..semoga allah menambah pendapatan mereka lagi..
insyaAllah...mereka sanggup berjauhan dengan keluarga..







ok geng!
dah tak ada apa-apa nak taip lagi dah..
hanya untuk berpesan saja...


yang terakhir sekali..selamat menyambut bulan syawal 
dan selamat hari raya maaf zahir dan batin..minalaidilwalfaizi...
   

mood raya!
wafi