Wednesday, 21 September 2011

Bahasa Melambangkan Bangsa-wafi

Saya tidak tahu bagaimana hendak menzahirkan apa yang saya maksudkan pembaharuan politik tanahair seperti yang saya nyatakan banyak kali. Politik ditanahair kita hanya tertumpu kepada mendapatkan atau mempertahankan pengaruh sahaja. Didalam usaha untuk mendapatkan pengaruh atau untuk mengekalkan pengaruh serta kuasa pihak yang bertentangan sentiasa berkelahi dan yang lebih menyedihkan penyokong-penyokong sesuatu puak itu pula membidas dan menghina puak yang tidak disukai mereka dengan panggilan nama-nama yang kotor dan menjijikan. Ada pihak yang memanggil pemimpin dengan panggilan beruk, syaitan, babi, anjng dan berbagai superlatif yang tidak melambangkan sebagai seorang yang mempunyai temaddun dan seolah-olah tidak pernah mendapat pendidikan dari ibu dan bapa mereka. Kita hairan dengan sikap manusia yang begini dan saya tidak tahu apa yang ada didalam pemikiran serta naluri mereka apabila memanggil seseorang itu dengan panggilan yang hina itu. Ini merupakan sikap buruk yang tidak dapat di ‘comprehend’ oleh manusia yang bertemadun. Tidak semua orang bersetuju dengan semua orang dan tentu ada perbezaan pendapat dan idologi dan tidak ada masalah untuk berbahas dan berdebat. Tetapi jika untuk menunjukkan kebenaran kita mana-mana temaddun pun tidak boleh menerima seseorang tergamak memanggil orang yang berbeza dengan kita dengan babi, anjing, celaka, pembawa ajaran sesat, sial, anak haram, haram jadah dan berbagai-bagai lagi panggilan yang menghina. Malahan ada pihak yang mempersoalkan anak si anu itu anak haram dan menuduh berdasarkan kepada kebencian politik semata-mata. Saya sendiri memandang setengah pemimpin itu tidak bermoral dan saya selalu mengkritik mereka didalam tulisan saya. Tetapi saya tidak pernah menggunakan bahasa kesat seperti babi, anjing, anak haram, haram jadah, penzina dan sebagainya didalam tulisan saya. Saya hanya menumpukan kepada dasar-dasar dan moral politik dan tidak pernah memainkan isu peribadi seseorang itu secara terbuka didalam tulisan dan artikel yang saya tulis. Sesekali saya imbas juga tulisan penulis-penulis politik dan sosial yang ada dihadapan saya. Saya amat kecewa dan sedih melihat keadaan ini sudah menjadi budaya dalam alam cyber kita. Sikap dan perangai mereka ini amat memalukan dan saya hairan kenapa mereka tidak malu kepada diri mereka sendiri? Saya banyak tidak bersetuju dengan dasar-dasar pentadbiran Dr Mahathir, tetapi saya tidak muatkan dalam tulisan saya dengan panggilan yang menhina beliau. Tidak pernah saya panggil Dr Mahathir dengan panggilan mamak atau orang tua kutuk misalnya serti yang dilakukan oleh setengah orang. Saya hanya memusatkan kritikan saya terhadap dasar pentadbiran beliau yang saya anggap tidak telus yang berkai dengan ketirisan dalam kerajaan pimpinan beliau. Saya ingin menyeru kepada sesiapa yang menjadi rakan atau yang memilih untuk menjadikan saya seorang musuh mereka supaya kita paparkan kematangan kita dan ketemaddunan kita semua. Kritiklah sebanyak mana sekali pun tetapi jangan jadikan ‘name calling’ sebagai budaya kita kerana akhirnya ianya akan melambangkan nilai serta tahap ketemadunan kita. Kita boleh memarahi sesiapa dengan menggunakan kata-kata yang pedas tetapi jauhilah dari memanggil seseorang dengan panggilan seperti beruk, beruang, bangkai, najis dan apa-apa panggilan yang tidak melambangkan kita sebagai manusia yang Tuhan jadikan sebagai secanti-cantik kejadianNya (surah AT-TIN). Seseorang itu mungkin membenci perangai mereka atau tidak mahu menyokong pihak yang kita sokong, tetapi kita masih tidak boleh membabikan atau menghina manusia yang secantik-cantik kejadian tuhan ini. Saya menyentuh hal ini kerana budaya ini sudah menjadi sebati dikalangan setengah yang bercakap tentang politik dan saya khuatir satu hari nanti kita akan hilang identiti kita buat selama-lamanya. Hilangnya sesuatu bangsa itu dimuka bumi ini bermula dari kehilangan identitinya. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan identitinya yang tersendiri. Melayu beridentitikan budaya yang lemah lembut dan beradap serta beradat. Jika adab dan adat ini sudah hilang maka hilanglah bangsa kita itu. Bukankah ‘bahasa itu melambangkan budaya dan bangsa kita’ atau pun ‘bahasa itu jiwa bangsa’? Orang Melayu tulin selalunya menggunakan bahasa yang pedas dan sindiran yang pedih jika memarahi pihak yang kita tidak suka, tetapi jika kita menggunakan bahasa kesat untuk tidak bersetuju maka kita bertanggunjawab jika bangsa kita hilang dibumi ini. Tidak akan ada maknanya kita mengaku yang kita adalah bangsa yang sedang menempa kemajuan jika kita menggunakan bahasa kotor yang menjijikkan yang digunakan oleh manusia zaman batu itu. Tahap ketemadunan kita boleh dinilai dari bahasa yang kita gunakan dalam berinteraksi sesama manusia. Kalau kita tidak merasa malu kepada orang lain, setidak-tidaknya malulah kepada diri kita sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengata sesiapa yang spesifik tetapi saya tujukan pandangan ini kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri. Siapa yang makan cili mereka tak payahlah menunjukan rasa pedasnya. Pujuklah diri kita sendiri untuk menjaga status kita yang diberi Tuhan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Buatlah seruan dengan bahasa yang lembut atau pedas sekali pun, tetapi jangan memanggil manusia yang berbentuk mim ha mim dal ini dengan nama yang jelek dan kotor. Ia akan hanya melambangkan keperibadian kita sendiri. ohh panjangnya aku copy..

No comments: