Sunday, 24 July 2011

Andai Lelaki Tahu-wafi

Assalamualaikum..





Andai Lelaki Tahu Semuanya tentang perempuan yang dicintai...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




ok geng!!bye!

Friday, 22 July 2011

Selesai Sudah Sukan Tahunan-wafi

..





syukur alhamdulillah kehadrat allah kerana Sukan Tahunan Sekolah yang ke-33

telah tamat dengan gilang gemilang..walaupun ada yang serba kurang tapi berbaloi untuk

aku dan kawan-kawan yang lain..




sukan tahunan sekolah yang ke-33 untuk tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas..

tahun lepas tak ada acara pebarisan..mungkin tahun ini cikgu buat lain daripada yang lain kut..

tak kisah lah nak buat macam mana..tapi sukan tahunan kali ini lebih meriah bagi aku..




sukan tahunan start pada pukul 8.00 pagi..acara yang pertama dimulakan ialah acara

pebarisan rumah sukan dan pasukan unit beruniform sekolah...aku mengetuai acara pebarisan

rumah sukan aku buat kali pertamanya...sabutan sukan tahunan dirasmikan oleh

Pengerusi Belia dan Sukan Malaysia iaitu En Maliki.. dia juga adalah salah satu

bekas pelajar  SMK Dato' Seth iaitu sekolah aku..dia juga adalah salah satu olahragawan

pada tahun berapa aku tak ingat dia ada sebut...



lepas tu,dia merasmikan sukan tahunan sekolah aku dengan memotong benang belon udara...

budak-budak jakun tak pernah tengok sampai teleng kepala diorang semua tengok belon

terbang dekat atas kepala diorang...selepas tu,pemeriksaan barisan rumah sukan dijalankan...

bolehlah tahan,pasukan rumah sukan aku kena puji sikit je tak banyak...



dah habis buat pemeriksaan barisan rumah sukan...bendera sukan tahunan dipasang oleh

pasukan unit uniform polis...selepas itu barulah acara balapan dan padang berlangsung..

sebelum acara balapan berlangsung,budak-budak pebarisan diminta keluar baris untuk pergi ke

khemah rumah sukan masing-masing..selepas itu barulah acara balapan dan padang berlangsung..






dipendekkan cerita...






selepas acara balapan dan padang dan juga acara khas buat guru berlangsung...

acara seterusnya diteruskan lagi dengan acara tarik tali lelaki akhir bagi rumah sukan Teratai(biru)

cempaka(hijau)...cikgu pilih badan-badan yang besar-besar dan montel-montel..

diorang bersemangat gila fight dengan member diorang yang lain..tarik tali dimenangi

oleh pasukan teratai(1-0)...dah menang sekali lepas tu tuka tempat pulak..

yang kedua ni,ada sikit salah faham antara kumpulan teratai,diorang tak peka..so,pusingan ke-2

dimenangi oleh pasukan cempaka...yang terakhir diorang tarik tali sampai muka diorang merah..

haha!lawak gila..macam muka orang berak keras..haha...tapi dengan semangat diorang tarik tali..

pasukan teratai dinobat sebagai pemenang tarik tali akhir...ada seorang ahli teraitai terseliuh kat bahu..

hero biasalah...tak terseliuh tak sah...





acara penutupan sukan tahunan demeriahkanb lagi dengan penyampaian hadiah

bagi para pemenang...aku hanya dapat satu emas,dua gangsa saja..bolehlah membanggakan..

tapi aku akan cuba lagi untuk dapatkan tiga emas..insya Allah...

acara penutup disempurnakan dengan penurunan bendera balapan dan padang dengan rasminya..

selepas itu,murid-murid diminta mengutip sampah yang diorang buang merata-rata..

agaknyalah..diorang tak reti nak buang sampah kat dalam tong sampah agaknya lah...

buang sampah rata-rata..tak reti nak buang kat tempat sepatutnya.....

kalau diorang tahu buang sampah tu ke dalam tempatnya,mesti diorang dapat balik awal..

ni,tak lah balik lewat sangat...





ok lah geng,sukan pun dah habis..idea aku pun dah kering..
so,ingat,masuklah dalam apa-apa cara sukan sekalipun..
demi maruah sekolah korang sendiri ok!





p/s aku ponteng dari kutip sampah..



yang nak bersukan..





wafi..

Wednesday, 20 July 2011

Hari Sukan Sekolah Bermula-wafi

Assalamualaikum...





harap korang semua sihat-sihat selalu..

hari ini aku nak bercerita sikit tentang persiapan hari sukan sekolah,sekolah aku..

banyak jugalah yang hampir-hampir 70% siap dari segi raptai dan lain-lain..

hampir 2 minggu aku tak buat entry baru sebab kesibukkan dengan kawad pebarisan

rumah sukan tambah pula aku yang jadi ketua planton..sakit tekak pun ada..




dalam masa seminggu,sekolah merancang untuk membuat kawad pebarisan rumah sukan

julung-julung kalinya yang tak pernah buat pada tahun lepas...tahun lepas pun berbeza

sikit pada tahun ini..tahun ini aku harap sukan tahunan berlangsung dengan gemilang terbilang

aimaklumlah tahun lepas tak seberapa meriah..





petang tadi aku ada raptai pebarisan rumah sukan...perhh...peritt gila jerit...

tapi,diorang buat bodoh je kalau aku beri komand..dah macam apa dah aku jerit

sorang-sorang kat depan diorang semua..esok ada raptai lagi..kena pergi pagi-pagi..

harap esok diorang datang untuk raptai pemarisan untuk hari khamis nanti..

janganlah hampakan harapan cikgu rumah sukan...cikgu bersemagat gila beri tunjuk

ajar kat kita semua..tapi kita tak ambil endah...




ok!tak mahu berceramah panjang-panjang,nanti korang ingat aku nak berceramah kat sini...

hari khamis ini adalah masa yang ditunggu-tunggu setiap warga Dato' Seth..

menyambut sukan tahunan sekolah yang ke-32 tahun....tak sabar rasanya dan tak sabar nak

tahu siapa yang bakal juara untuk tahun ini...hari khamis ini penentu bagi setiap rumah sukan..

debaran kemuncak akan berakhir selepas sukan...so,aku harap tak ada berlaku apa-apa

yang tak ingin berlaku pada hari khamis ni..sampai sini entry kali ini...



ok geng!!tingkatkan usaha,kuatkan diri kita jumpa lagi!




yang ingin sukan..


wafi

Tuesday, 19 July 2011

Nekad! - Ad

Salam Sya'ban!
semoga anda semua diberkati Tuhan yang Maha Pengasih..
buat kepada non-muslim, selamat sejahtera, semoga hidup
korang ceria selalu!

setelah dua minggu blog ditinggalkan, (yeke 2 minggu?)
aku mengharungi 2 minggu penuh dengan drama, aksi dan humor..
aku kaki tengok DVD? ye korang betul! 
mana ada aksi dalam hidup realiti!

usai bercerita pasal remeh temeh,

Nekad.. nekad ya bukan naked.. 
setelah aku baca novel

Diari Mat Despatch - Lelaki Baik
oleh Bahruddin Bekri

apa yang aku dapat, salah satunya,
'nekad sesaat memasuki bilik mayat'

buat yang dah baca, mesti dah tahu kan?
apa maksud disebalik nya kan?
buat yang tak tahu, meh hamba cerita..

dalam salah satu ayat dalam novel tersebut..
salah seorang watak yang memegang sebagai
lelaki yang bekerja di bilik mayat yang bernama Ahmad Zuhri,
berkata kepada Rayyan, seorang mat despatch..
lebih kurang begini,

takut itu tak perlu dibuang, tetapi menghadapinya kita perlu nekad. Nekad itu permulaan kepada berani. Nekad itu dipupuk selama sesaat ia juga berlaku dalam sesaat...
teknik ni digelar 'nekad sesaat memasuki bilik mayat' oleh Ahmad Zuhri..

senang senang,

kalau kita dah nekad maka kita berani... faham?
tak faham baca novel Diari Mat Despatch - Lelaki Baik

jadi start daripada habis babak tu, aku dah mula buat
teknik tu, sewaktu aku nak masuk audition Choral Speaking..
aku dah nekadkan diri aku...
walaupun ada yang tarik diri.. and
gerak hati aku suruh tarik diri... tapi berkat..
teknik tu.. aku masuk juga.. 
tankiuk Bahruddin Bekri! you've changed my life..



Yang Nekad,

Rafid Advefret













































































































































































































































































































































































































































































































Sunday, 10 July 2011

Baris! Baris Sedia! -wafi

Assalamualaikum...





hai semua pembaca blog aku yang aku sayangi sekalian...

kalau aku tak sayang aku tak buat entry baru..






straight to the point..

pada hari khamis bersamaan 7 hb,aku bersama 5 orang kawan

aku (ada 6 orang) telah melapor diri di Kursus Sarjen dan Koperal di

SMKTMI (Sekolah Menengah Tengku Mahmood Iskandar) di Senggarang,

Batu Pahat..






kursus yang aku pergi tu selama 3H2M..aku ada buat entry pasal entry hari ini

dekat post yang lepas..korang ada baca??

ok,pada malam hari khamis,aku telah siap packing baju yang nak bawa..

banyak lah juga baju yang aku bawa...4 helai tak silap..banyak bukan?

seluar macam biasa...bawa 3 helai dan 1 helai pakai dari pagi sampai malam..

sungguh pengotor..tapi ini adalah camping,so,kem komander ada cakap

tak payah tuka pakaian banyak sangat..so ikut jelah cakap dia..






aku bertolak dari sekolah selepas sembahyang zuhur...

then,masa bertolak dari sekolah tak lah lama sangat..

15 minit kot tak silap aku..selepas 15 minit,aku dan yang lain-lain sampai sudah

dekat sekolah itu...aku tengok persekitaran sekolah tu lain dari apa yang aku sangka..

biasalah,tempat orang persekitaran memang lain...selepas tu..cikgu aku mendaftarkan

nama ahli dan perkara-perkara yang lain...selepas cikgu daftar nama...

kita orang kena tunggu setengah jam pula...aduhh..lama betol...






dah penat tunggu,kami disuruh menunaikan solat asar di surau..

selepas solat,kami disuruh memasang khemah di padang..

then dah siap pasang khemah,barang-barang angkut masuk kat dalam khemah..

selesai pasang khemah,kami dibahagikan kepada kumpulan sarjen dan koperal

aku diletakkan di kumpulan koperal..nasib baik..kalau tidak aku diletakkan di'

kumpulan sarjen kena macam-macam suruh buat..






pada malamnya pula...selepas solat maghrib kami ada tazkirah

maghrib bersama ustaz abdul hashim (tak silaplah)..

tazkirah kami membaca yaasin dan beberapa surah lazim yang lain..

aimaklumlah malam jumaat biasanya ada bacaan yaasin dah tahlil kecil..

aktiviti bacaan yaasin diteruskan sampai solat isyak berhenti...

selepas solat isyak,kami disuruh memakai uniform lengkap dengan bergaya...

selepas itu,kami diberikan taklimat tentang cara pemakaian baju uniform dengan

segak dan bergaya

tapi aku tak suka pakai baju uniform lengkap time panas berpeluh gila...

taklimat tamat pada pukul 1130 malam..






kem komander berikan masa setengah jam untuk siap-siap untuk tidur..

sebelum tidur,kem komander membuat kawalan malam dan kawalan berganti-ganti

aku malas nak kawalan..sebab aku tahu pagi esoknya mesti ngantok..so,tak join lah..

malam pertama tidur dekat khemah memang panas gila dan banyak nyamuk..

dah terpaksa tidur dekat dalam khemah nak buat macam mana lagi kan...

terpaksa berselubung panas-panas takut kena kacau nyamuk..

ini baru hari pertama tidur dengan nyamuk tambah panas lagi..






pagi kami dikejutkan dengan nyaringan wisel yang ditiup

alahai...tak dengar pun...aku rasa macam tidur sekejap sangat...

rasa macam tak tidur pun ada..rasa macam tidur ayam pun ada...

lepas dah bangun tu,mula-mula cari tuala,then cari berus gigi,lepastu

baru pergi bilik air gosok gigi mandi-mandi ayam..

ok lah juga mandi-mandi ayam..asalkan badan aku basah sudah...






seleps mandi,dah siap pakai baju apa semua,kami terus menuju ke surau

untuk menunaikan solat subuh berjemaah..sebelum solat,kami sama-sama

berzikir dan berselawat keatas nabi muhamad S.A.W.

lepas tu barulah solat subuh secara berjemaah..lepas solat,ada tazkirah subuh sampai

pukul 7 pagi..ustaz sama yang menyampaikan tazkirah tu..

ustaz bercerita tentang kebaikan bulan rejab dan syaaban...

ustaz cerita barang siapa yang puasa di akhir bulan rejab,dosanya akan dimakbulkan oleh Allah..

lepas dengar tazkirah ustaz tu aku terus tak mengantok..aku terus dengar dengan khusyuk begitu..






lepas tu,kami dilepaskan untuk kembali ke khemah masing-masing untuk bersiap-siap

pakai kasut untuk meneruskan aktiviti yang pertama iaitu senam pagi..

lepas senam pagi,kami dilepaskan lagi untuk mengambil sarapan yang disediakan..

selepas sarapan,kami telah dibahagikan kepada kumpulan aktiviti..

kumpulan aku membuat aktiviti yang ketiga iaitu 'tali temali'

aku telah dapat belajar cara mengikat tali dengan cara yang lebih mudah dan pantas(cewah)







seterusnya,kami teruskan dengan aktiviti yang kedua iaitu kawad kaki..

mereka yang bagi koman sungguh lantang suaranya..kalah juga suara aku..

lepas kawad kaki,kami makan tengah hari..selepas makan,kami terus pergi

ke surau menunaikan solat zuhur..




ok lah geng!esok aku akan sambung lagi untuk hari terakhir

aku kursus KRS..


ok geng!bye!




p/s banyak perkataan selepas itu...
p/s bye!

Friday, 8 July 2011

Encik, Mana Budi Bahasa Encik? - Ad.

Hello, Yo, Assalam!!!

apa khabar semua? harap sihat belaka...
al - maklumlah bulan ni ramai sakit..

-straight way to the point-

pernah tak korang terima panggilan?
semestinya pernah kan..
daripada stranger?
pernah jugak kan..
pastu tiba tiba kena tengking?
mesti ada segelintir...

akulah orang yang segelintir tu..
memang angin gila!
sabar je.. ceritanya begini...

note: tiada kaitan dengan sesiapa, mahu pun kamu, mereka, tiada niat untuk memburukkan orang lain....

tersebutlah suatu kisah didalam Hikayat 2 Saudara Blogging Sentiasa,
yang mana salah satu dari 2 saudara iaitu Laksamana Rafid menerima panggilan
daripada seorang hamba tuhan yang tak dikenali.. namun tidak diangkat..
namun selepas tiga kali *nak tiga kali jugak* ignored oleh Sang Laksamana,
akhirnya diangkat juga.. disinilah dimana bermula klimaks ceritanya...

"Hello?" pembuka kata oleh Sang Laksamana...

"Hoi, lu mau gaduh eh? lu jangan *bla bla bla*" jawab di sebelah sana.

dengan sabar dan gentlemannya, menjawab,

"Encik, Encik ni salah orang, Encik ni siapa?"

"Apa siapa siapa? hoi lu *bla bla bla*"

dengan berpegang teguh pada ayat 'Sabar itu sebahagian daripada Iman'..

"Encik, saya tak kenal Encik, Encik silap orang ni,"

"Oh, lu bukan *dirahsiakan* *bla bla bla*"

"Bukan Encik saya buka *bla bla bla*"

percakapan yang tak penting selama beberapa puluh saat..
akhirnya , End Call...

dalam hati Sang Laksamana : ingin saja aku sound hamba disana, Encik, budi bahasa mana?

Berakhirnya salah satu bab dalam Hikayat 2 Saudara Blogging Sentiasa...

apa yang kita dapat dari tadi ialah bahawa.. budi bahasa tidak diamalkan oleh pemanggil, betul?
dahlah peribahasa takde, silap call pulak tu.. nasib baik dendam tak tersimpan..
kalau tidak perbuatan tu tak dimaafkan..

As the conclusion,

jagalah tata tertib perlakuan dan percakapan, walaupun orang yang kita kenal, musuh, atau orang lain..
jangan sampai perlakuan kita menjadi dosa sudah... sampai di sini sahaja..

sekian, wasalam, tankiuk!



Yang Antara Segelintir,

Rafid Advefret

Wednesday, 6 July 2011

Tugasan-wafi

Assalamualaikum






apa khabar pembaca blog ini..
harap semua sihat-sihat belaka...






hari ini aku terima banyak tugasan yang perlu aku
laksanakan selama sebulan..memandangkan kerja kursus
semakin bayak tambah pula dengan kerja sekolah yang
cikgu  bagi dengan begitu melambak..aku tetap nak buat..





tugasan pertama yang cikgu suruh ialah,
buat ialah,buat folio sejarah dan folio geografi..
haduhai...aku mengeluh time cikgu bagi begitu banyak kerja
yang perlu buat dan bagi tempoh siap selama sebulan..
bagi aku sebulan itu sekejap bukan?






tambah lagi dengan tugasan yang kedua...
tugasan yang kedua tak lah banyak sangat..tapi tugasan ini
perlu menulis...handwriting aku dah lah tak cantik...
tugasan ini cikgu suruh buat personal tak boleh ramai-ramai...
sebab tugasan ini cikgu nak buat ujian lisan...
apa kebendanya cikgu ni...macam-macam suruh anak didiknya
buat...tapi,sebagai murid aku pun perlu berehat juga...







yang last sekali cikgu bagi tugasan yang paling aku suka...
cikgu suruh aku pergi ke kursus KRS...
cikgu cakap lepas kursus itu,aku akan dapat naik pangkat
jadi komander untuk melatih anak buah aku yang lain..(cewah)
kursus itu selama 3H2M dekat mana tah cikgu sebut...
lepas ni naik lah nama aku kat sekolah..(bangga)





itu saja yang aku dapat tugasan
dari cikgu-cikgu yang aku sayang..
so,korang baik-baiklah dengan cikgu
dan selalu membodek cikgu-cikgu korang..
kemungkinan korang akan dapat nasib yang sama dengan aku
dapat pergi kursus itu..walaupun korang murid biasa...





ok geng!!
bye!!

Friday, 1 July 2011

10 Things You Should Not Do on Twitter. - Ad

Hai, Salam Sejahtera, Assalamualaikum dan Yo!
pe khabar? moga moga sihat...
let's get it start..

rata rata manusia sekarang mempunyai Twitter...
namun ramai yang diantara pengguna Twitter
tak tahu pantang larangnya! aku pon..
heehee.. lepas baca satu entri ni.. baru aku tau...
it's in English, so kepada yang kurang paham tu...
cepat cepat ke Google Translate!





In social networks there are many things that are convenient to publish and many other that are not. That is why in this article we show you 10 things that should not post onTwitter.
1 – Gossip:
If they are circulating in the workplace, school, social or private matters, such as infidelity, lies, and so on, it is not appropriate to publish them. Your followers are probably not interested at all and this can significantly harm the person who publishes them. Another important reason why you shouldn’t make this kind of tweets is because companies now analyze the behavior of their employees in social networks. The ideal is to avoid posting gossip tweets on Twitter.
2 – Routines:
Tweeting daily routines, time of departure, arrival times of the gym, work, etc.. is a bad idea, since it is giving too much information. It is preferable to avoid such exposure. The number of criminals who select their victims through social networks is increasing every day and these types of data will come in handy to them.
3 – Intimate Information:
Never say on which business you are doing your shopping, or the name and type of credit cards, in which banks you have accounts, the full name, phone number (home or cell phone, etc.). Be very careful with this kind of information.
4 – Personal Assault:
If you have unresolved issues with someone, Twitter is not the best tool to resolver them. If you know the person it’s not recommended and if you don’t know, much less. It is best to forget any kind of aggression received, ignore them completely, and if the person is really annoying and continue with their attacks and threats, it is best to block them. The attacks are very common in virtual environments, you just have to get used to and ignore.
5 – Constant Tweets:
Constant Tweet are annoying and hurts the “Chronology” of our followers. If you tweet a lot, it is best to wait at least 7 minutes in between tweets. It is not advisable to describe very long situations (football games, ideologies, etc.). That is certainly not of interest, and many “Unfollows” are likely to occur.
6 – Consecutive RT (retweet):
If you have a personal blog, a YouTube channel, an account of phrases for RT, ETC. It is not advisable to Retweet them all the time. This will only demoralize the work done and would harm the “Chronology” of others, it’s not good publicity.
7 – Pornographic Material:
It is not advisable to publish “racy” comments or pornographic material (photos and videos of ourselves or found on the internet). This is a very sensitive issue and we should be very careful, many of our followers can be children.
8 – Geographic Location:
Foursquare is without doubt the most dangerous of social networks. You need to know for sure which people are added to this service and most importantly, what is going to be published on Twitter.
9 – Virtual Journal:
“I’m going to the supermarket to buy milk, be right back” – “I’m back from the supermarket, I met and chatted with a neighbor” – “I’m going to bathe, I’ll be right back” – “Having dinner and watching TV” (… .) Such posts are really unnecessary, boring and annoying. It is not necessary to share every moment of our life in the microblog.
10 – Risky Activities:
Incredibly, some insurance companies in the United States and Europe analyze tweets, considering what kind of places are frequented by customers, mainly to check if their vehicle accidents occurred accordingly to the the places and situations reported.

- End - 
so, kepada yang dah baca diharapkan berhati hati semasa Tweeting.. FB pon sama.. sebelum buat pikir baik buruk, akibat dan sebagainya...

Yang Tweeting,
Rafid Advefret

p/s: sumpah takde idea sekarang ni, tapi disebabkan Wapi suruh post banyak banyak, post je lah bebanyakk...

Pertemuan kawan lama-wafi

Assalamualaikum...






pada hari isnin yang lepas....
aku diketemukan dengan kawan lama aku dekat sekolah
dia ni kawan lama aku time kita standard 6 kat
sekolah rendah dulu...
rindu seyhh kat dia ni..





dari pengetahuan aku..
dia pindah sekolah aku sebab dia tak tak tahan tinggal
dekat asrama...bagi aku lah...kalau aku tak tahan tinggal
kat asrama aku tidur kat kantin sekolah...sejuk sikit..
bagi aku lah...



sebab-sebab lain yang menyebabkan  dia pindah kat sekolah
aku masih dalam pebualan aku antara dia..
dia ni pendiam sikit..tapi suka sangat buat lawan bodoh..
tapi best kawan dengan dia..dia ni tak kecoh...



tapi aku sangsi dengan dia...
sebab apa dia pindah kat sekolah aku,dan sebab apa dia
boleh terfikir untuk pindah kat sekolah aku..
biarlah dia...dia nak belajar..mana-mana sekolah pun boleh belajar..
tapi dia ni kelainan sikit...dia ni sekolah arab..
mungkin sebab dia frust sangat belajar bahasa arab sebab tu dia pindah
kat sekolah aku kot...kemungkinan lah juga..




tapi sayanglah juga...dia dah belajar bahasa arab dah satu tahun
tiba-tiba nak ubah fikiran pulak nak tukar ke sekolah aku..
ada orang cakap bahasa arab ni susah..dan ada orang cakap
pula bahasa arab ni senang..mana satu pun aku tak tahu...
aku hanya tahu macam tu saja...tak tahu lebih-lebih dan
tak tahu menahu pasal subjek bahasa arab ni...





pendapat aku lah....dia mesti kena buli dengan senior dia..
mungkin kot..manalah tahu kan..tak pun kena kacau benda halus..
agaknyalah....tak pun,dia didera dengan senior dia suruh basuh baju
diorang..manalah tahu kan...dan ada sebab lain kemungkinan dia
kena buang asrama dan tak boleh duduk asrama dan kena
berulang alik dari sekolah ke rumah...kemungkinanlah juga..
aku pun ada dengar dia cakap hari tu...





so,walaubagaimana pun
dia tu tetap kawan aku...
ok geng!!bye!