Assalamualaikum...
harap korang semua sihat-sihat selalu..
hari ini aku nak bercerita sikit tentang persiapan hari sukan sekolah,sekolah aku..
banyak jugalah yang hampir-hampir 70% siap dari segi raptai dan lain-lain..
hampir 2 minggu aku tak buat entry baru sebab kesibukkan dengan kawad pebarisan
rumah sukan tambah pula aku yang jadi ketua planton..sakit tekak pun ada..
dalam masa seminggu,sekolah merancang untuk membuat kawad pebarisan rumah sukan
julung-julung kalinya yang tak pernah buat pada tahun lepas...tahun lepas pun berbeza
sikit pada tahun ini..tahun ini aku harap sukan tahunan berlangsung dengan gemilang terbilang
aimaklumlah tahun lepas tak seberapa meriah..
petang tadi aku ada raptai pebarisan rumah sukan...perhh...peritt gila jerit...
tapi,diorang buat bodoh je kalau aku beri komand..dah macam apa dah aku jerit
sorang-sorang kat depan diorang semua..esok ada raptai lagi..kena pergi pagi-pagi..
harap esok diorang datang untuk raptai pemarisan untuk hari khamis nanti..
janganlah hampakan harapan cikgu rumah sukan...cikgu bersemagat gila beri tunjuk
ajar kat kita semua..tapi kita tak ambil endah...
ok!tak mahu berceramah panjang-panjang,nanti korang ingat aku nak berceramah kat sini...
hari khamis ini adalah masa yang ditunggu-tunggu setiap warga Dato' Seth..
menyambut sukan tahunan sekolah yang ke-32 tahun....tak sabar rasanya dan tak sabar nak
tahu siapa yang bakal juara untuk tahun ini...hari khamis ini penentu bagi setiap rumah sukan..
debaran kemuncak akan berakhir selepas sukan...so,aku harap tak ada berlaku apa-apa
yang tak ingin berlaku pada hari khamis ni..sampai sini entry kali ini...
ok geng!!tingkatkan usaha,kuatkan diri kita jumpa lagi!
yang ingin sukan..
wafi
No comments:
Post a Comment