Sunday, 10 July 2011

Baris! Baris Sedia! -wafi

Assalamualaikum...





hai semua pembaca blog aku yang aku sayangi sekalian...

kalau aku tak sayang aku tak buat entry baru..






straight to the point..

pada hari khamis bersamaan 7 hb,aku bersama 5 orang kawan

aku (ada 6 orang) telah melapor diri di Kursus Sarjen dan Koperal di

SMKTMI (Sekolah Menengah Tengku Mahmood Iskandar) di Senggarang,

Batu Pahat..






kursus yang aku pergi tu selama 3H2M..aku ada buat entry pasal entry hari ini

dekat post yang lepas..korang ada baca??

ok,pada malam hari khamis,aku telah siap packing baju yang nak bawa..

banyak lah juga baju yang aku bawa...4 helai tak silap..banyak bukan?

seluar macam biasa...bawa 3 helai dan 1 helai pakai dari pagi sampai malam..

sungguh pengotor..tapi ini adalah camping,so,kem komander ada cakap

tak payah tuka pakaian banyak sangat..so ikut jelah cakap dia..






aku bertolak dari sekolah selepas sembahyang zuhur...

then,masa bertolak dari sekolah tak lah lama sangat..

15 minit kot tak silap aku..selepas 15 minit,aku dan yang lain-lain sampai sudah

dekat sekolah itu...aku tengok persekitaran sekolah tu lain dari apa yang aku sangka..

biasalah,tempat orang persekitaran memang lain...selepas tu..cikgu aku mendaftarkan

nama ahli dan perkara-perkara yang lain...selepas cikgu daftar nama...

kita orang kena tunggu setengah jam pula...aduhh..lama betol...






dah penat tunggu,kami disuruh menunaikan solat asar di surau..

selepas solat,kami disuruh memasang khemah di padang..

then dah siap pasang khemah,barang-barang angkut masuk kat dalam khemah..

selesai pasang khemah,kami dibahagikan kepada kumpulan sarjen dan koperal

aku diletakkan di kumpulan koperal..nasib baik..kalau tidak aku diletakkan di'

kumpulan sarjen kena macam-macam suruh buat..






pada malamnya pula...selepas solat maghrib kami ada tazkirah

maghrib bersama ustaz abdul hashim (tak silaplah)..

tazkirah kami membaca yaasin dan beberapa surah lazim yang lain..

aimaklumlah malam jumaat biasanya ada bacaan yaasin dah tahlil kecil..

aktiviti bacaan yaasin diteruskan sampai solat isyak berhenti...

selepas solat isyak,kami disuruh memakai uniform lengkap dengan bergaya...

selepas itu,kami diberikan taklimat tentang cara pemakaian baju uniform dengan

segak dan bergaya

tapi aku tak suka pakai baju uniform lengkap time panas berpeluh gila...

taklimat tamat pada pukul 1130 malam..






kem komander berikan masa setengah jam untuk siap-siap untuk tidur..

sebelum tidur,kem komander membuat kawalan malam dan kawalan berganti-ganti

aku malas nak kawalan..sebab aku tahu pagi esoknya mesti ngantok..so,tak join lah..

malam pertama tidur dekat khemah memang panas gila dan banyak nyamuk..

dah terpaksa tidur dekat dalam khemah nak buat macam mana lagi kan...

terpaksa berselubung panas-panas takut kena kacau nyamuk..

ini baru hari pertama tidur dengan nyamuk tambah panas lagi..






pagi kami dikejutkan dengan nyaringan wisel yang ditiup

alahai...tak dengar pun...aku rasa macam tidur sekejap sangat...

rasa macam tak tidur pun ada..rasa macam tidur ayam pun ada...

lepas dah bangun tu,mula-mula cari tuala,then cari berus gigi,lepastu

baru pergi bilik air gosok gigi mandi-mandi ayam..

ok lah juga mandi-mandi ayam..asalkan badan aku basah sudah...






seleps mandi,dah siap pakai baju apa semua,kami terus menuju ke surau

untuk menunaikan solat subuh berjemaah..sebelum solat,kami sama-sama

berzikir dan berselawat keatas nabi muhamad S.A.W.

lepas tu barulah solat subuh secara berjemaah..lepas solat,ada tazkirah subuh sampai

pukul 7 pagi..ustaz sama yang menyampaikan tazkirah tu..

ustaz bercerita tentang kebaikan bulan rejab dan syaaban...

ustaz cerita barang siapa yang puasa di akhir bulan rejab,dosanya akan dimakbulkan oleh Allah..

lepas dengar tazkirah ustaz tu aku terus tak mengantok..aku terus dengar dengan khusyuk begitu..






lepas tu,kami dilepaskan untuk kembali ke khemah masing-masing untuk bersiap-siap

pakai kasut untuk meneruskan aktiviti yang pertama iaitu senam pagi..

lepas senam pagi,kami dilepaskan lagi untuk mengambil sarapan yang disediakan..

selepas sarapan,kami telah dibahagikan kepada kumpulan aktiviti..

kumpulan aku membuat aktiviti yang ketiga iaitu 'tali temali'

aku telah dapat belajar cara mengikat tali dengan cara yang lebih mudah dan pantas(cewah)







seterusnya,kami teruskan dengan aktiviti yang kedua iaitu kawad kaki..

mereka yang bagi koman sungguh lantang suaranya..kalah juga suara aku..

lepas kawad kaki,kami makan tengah hari..selepas makan,kami terus pergi

ke surau menunaikan solat zuhur..




ok lah geng!esok aku akan sambung lagi untuk hari terakhir

aku kursus KRS..


ok geng!bye!




p/s banyak perkataan selepas itu...
p/s bye!

No comments: